Sunday, November 13, 2011

EGO SEORANG PEREMPUAN

Tidak dinafikan bahawa setiap orang ada sifat egonya. Kalau tiada rasa ego, ia bukanlah manusia dan bukan juga binatang kerana binatang juga ada rasa ego ini. Bagaimanapun, kita boleh menyembunyikan ego kita itu agar tidak ketara dinilai orang. Macam-macam cara boleh kita lakukan supaya orang tidak nampak ego kita itu. Mahu dengan tidak sahaja atau kata orang, ‘tepuk dada tanya selera’.


Tetapi perempuan yang seorang ini tidak pandai menyembunyikan egonya. Dia langsung tidak pedulikan apa orang lain kata, dia terus macam itu juga. Dan akhir-akhir ini egonya semakin menjadi-jadi.

Sebagai isteri seorang pemimpin ulung, sepatutnya beliah harus pandai menjaga emosi dan egonya. Kalau dapat dan berupaya, sembunyikan ego itu demi masa depan politik suaminya. Beliau harus tahu bahawa suaminya bakal tersungkur pada abila-bila masa kerananya.

Beliau baru pulang dari Mekah mewnunaikan ‘Haji’ tapi masih juga tidak berubah. Masih juga sama seperti sebelum ke tanah suci dulu. Masih juga mendedahkan diri kepada keritikan-kritikan tentang imejnya itu. Padahak bekiau tahu dan sedar imejnya sentiasa menjadi isu yang tertanggung atas kepala suaminya.

Kalau beliau pandai, egonya telah disembunyikan dan imejnya telah berubah juga demi menjaga kehormatan suaminya. Apalah ruginya jika beliau menerima csadangan dari sebahagian besar rakyat jelata yang berharap beliau akan mengenakan tudung selepas pulang dari Mekah? Sedikitpun tidak rugi malah dapat memberi laba politik pula kepada suaminya.

Semua orang percaya kalau perempuan ini menampilkan diri dengan imej bertudung selari dengan status ‘HAJJAH’ yang ada padanya, orang akan senyap dan tidak menyerang beliau dan suami beliau lagi. Biarpun sebelum ini beliau telah mencemarkan reputasi suaminya dengan berbagai aktiviti ‘campurtangan’ dalam pentadbiran negara.

Kita sudah ada Tadika, beliau mengganggu dengan perkenalkan pula Permata. Kita sudah ada Kementerian Pelajaran, beliau juga bercakap seolah-olah beliaulah Menteri Pelajaran. Semua beliau mahu masuk campur sedangkan beliau hanyalah seorang isteri kepada seorang lelaki.

Itulah perempuan tidak sedar diri bernama Rosmah Mansor.

No comments: