Wednesday, October 19, 2011

DOA DAN HARAPAN

Entah mengapa
hati terasa resah dan bimbang
sebaik pulang
dari dosa yang tidak terampun
dan dosa yang terhimpun.


Semoga masih ada
lorong suci yang aku lalui
mencari semula hidup yang hilang
ketika senja hampir menjelang.


Kepadamu, ya Tuhan
aku serahkan pengharapan
segala doa dan kemahuan.

- Oktober 2011

3 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamalaikum Tuan,

Salam kenal.

Seronok dan rasa bertuah dapat singgah dilaman tuan ni. Banyak ilmu yang dapat dipetik

MADiSYAK said...

Terimakasih kerana sudi singgah!

Anonymous said...

Saya baca berkali2

CSI