Saturday, October 23, 2010

POKOK KACANG TELANG

KACANG TELANG adalah sejenis tumbuhan hiasan jenis menjalar yang dinamakan 'Clitoria Ternatea'. Bunga ini juga dinamakan Bunga Nasi Kerabu kerana sering digunakan untuk mewarnai nasi kerabu. Ada juga orang yang menamakannya sebagai Blue Pea kerana warnanya yang kebiru-biruan itu.

 
Pokok ini tumbuh subur di medium yang sentiasa lembab dan mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Ia dibiakkan secara keratan batang dan juga biji benih dan sesuai untuk hiasan dalam pasu gantung kerana tumbuhnya menjalar. untuk tumbuh dengan baik, biji benihnya direndam 3 hingga 4 jam sebelum menyemainya dan pemangkasan yang berkala membolehkannya hidup dengan baik dan mendapat ranting yang baru.


Kacang Telang dipercayai boleh menyihatkan dan menghitamkan rambut melalui bunga dan daunnya. Ia sering digunakan unruk membentuk, melebat dan mencantikkan kening bayi dan diamalkan sejak kecil. Daunnya boleh menyuburkan kulit kepala dengan cara membasuh kepala dengan air rendaman daunnya. Selain dari itu batangnya dipercayai boleh mengelakkan dasri keguguran secara melilitkannya di pinggang wanita hamil.

Bunga dan daunnya juga biasa digunakan sebagai bantal untuk melegakan sakit kepala selain direndam dalam air panas dan diminum seperti teh.


Bagaimanapun, berjumpa dan mendapat nasihat doktor adalah langkah terbaik.

No comments: