Monday, January 6, 2020

PROSEDUR YANG DIABAIKAN

1. Akhir-akhir ini saya banyak bercerita tentang Jawatankuasa Pengadil KFA yang saya lihat semakin lari dari matlamat kewujudannya. Dari usaha memperkembangkan bakat serta kebolehan mengadili perlawanan, jawatankuasa ini asyik bermain dengan aspek yang kurang berfaedah. Semuanya terjadi kerana ada pihak yang asyik berbuat kerja 'ikut suka' dan tidak mengikut peraturan. Ada pula yang mahu menunjuk dan menyalahgunkan kuasa dalam beberapa hal. Sebahagian pula duduk di tengah dan melihat dan mengambil kesempatan di sebelah mana yang untung.

2. Tetapi saya tetap dengan pendirian, yang tidak betul, tetap tidak betul. Lalu ada juga yang mengatakan saya sengaja mencari masalah. lama kelamaan pihak yang tidak senang dengan tindakan saya akan menggunakan pengaruh mereka untuk menyingkirkan saya dari senarai AJK tersebut. Biarlah asalkan saya dapat membetulkan sedikit keadaan yang kurang menyenangkan itu.

3. Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah masing-masing tidak ambil berat tentang prosedur sesuatu perkara. Membuat perlantikan pengadil, ada kaedah dan tatacaranya. Menghukum sesuatu kesalahan disiplin, ada kaedahnya. Melaksanakan sesuatu aktiviti tentu bukan secara semberono tetapi mesti mengikut prosedur tertentu. Jika semua ini diikuti dan diambil kirta pasti tiada masalah yang timbul.

4. Sebagai contoh, dalam kes disiplin pengadil atau sesiapa sahaja, ada peraturan dan prosedur tertentu yang perlu diikuti, bukan dibuat secara melulu dan tergopoh-gapah. Ia dimulai dengan aduan rasmi (surat aduan). Bila ada aduan rasmi barulah siasatan dapat dijalankan. Dan apabila kes itu dapat pencerahan daripada saksi-saksi, surat tunjuk sebab akan diminta dari pihak yang bersalah. Jika tidak berpuas hati dengan itu, laporan hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Disiplin KFA berserta dengan cadangan hukuman. Pihak Jawatankuasa Disiplin akan jatuhkan hukuman. Namun tempoh rayuan mesti diberikan kepada pesalah. Bukan terus Jawatakuasa Pengadil yang menghukum dengan tidak memberi peluan pesalah membela diri dengan surat rayuan.

5. Dalam kes Setiausaha Jawatankuasa Pengadil dan AJK yang dijatuhkan hukuman, pihak Jawatankuasa tidak langsung menerima sebarang surat aduan, hanya dengar-dengar begitu sahaja. Dengar-dengar tidak boleh dikira sebagai aduan. Lalu tidak munasabah langsung kedua-dua orang ini dihukum dan hukuman pula lebih berat dari pengadil kebangsaan yang memukul orang. inilah yang dikatakan tindakan tidak mengikut prosedur yang betul dan hukuman itu tidak 'valid' dan berbaloi. Ditambah pula yang menjatuhkan hukuman bukanlah Jawatankuasa Pengadil atau pihak yang ada hak dan yang sepatutnya seperti dalam prosedur operasi disiplin.

6. Tentu tidak munasabah hukuman disiplin dibuat oleh sebahagian AJK sahaja sedangkan saya dan beberapa lagi AJK tidak ketahui langsung bila proses siasatan semula dilakukan. Tiba-tiba terus diberitahu hukuman yang telah dijatruhkan kepada mereka yang terlibat dengan tidak mempedulikan tindakan itu sah atau tidak.

7. inilah yang dikatakan tindakan 'ikut suka' dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Pengadil.Ada lagi beberapa hal yang berlaku di luar prosedur. jika hendak diperincikan satu persatu, banyak benar kesilapan yang akan terdedah.

Sekian. Selamat menjalankan tugas kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengadil sessi 2018 - 2022 yang telah bebas dari hukuman penggantungan tugas selama 6 bulan.

Adios!

1 comment:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete