Thursday, January 2, 2020

LEBIH CAMCA DARI BUBUR DALAM JAWATANKUASA PENGADIL KFA?


1. Hari ini saya ingin berbicara tentang siapa yang ada kuasa dalam kalangan Jawatankuasa Pengadil KFA sessi 2018 - 2022 ini. Orang luar tidak sedar dan tidak tahu bahawa kuasa sebenar dalam AJK ini tidak terletak di tangan pengerusi atau terletak di keputusan mesyuarat. Semua keputusan dan tindakan dibuat oleh hanya dua orang sahaja iaitu pemangku setiausaha dan seorang AJK merangkap Pengerusi Kecergasan dan Lantikan Pengadil. Dua orang ini yang sering membuat keputusan dan meminta sokongan dari pengerusi yang tidak sedar permainan mereka. Tetapi setiap keputusan mereka dilindungi ayat biasa iaitu semuanya adalah keputusan Jawatankuasa. Bila jawatankuasa membuat keputusan tidak diketahui kerana tidak ada mesyuarat dijalankan.

2. Hal ini bolehlah dikatakan satu kaedah penyalahgunaan kuasa oleh dua watak ini. Dan setiap tindakan mereka sering boleh dipertikaikan. Hal ini sangat ketara sesudah SU jawatankuasa pengadil ini digantung tugas kerana didakwa melakukan provokasi sehingga mencetus peristiwa seorang pengadil kebangsaan menumbuk setiausaha tersebut. Mereka membuat keputusan menggantung tugas setiausaha tanpa bermesyuarat malah penggantungan setiausaha dan seorang lagi AJK juga tidak sah kerana Jawatankuasa Pengadil tidak boleh menghukum sesama AJK. Sepatutnya hukuman dicadangkan sahaja kepada Majlis KFA dan Majlis sahaja yang mempunyai kuasa menghukum. Ini sudah jelas menunjukkan satu penyalahgunaan kuasa dalam kalangan mereka.

3. Kedua-dua watak ini bertindak sesuka hati, tanpa melalui proses perbincangan ataupun mesyuarat AJK. Mereka terus membuat keputusan dan pengerusi pula memperakukan tindakan mereka dan menganggap ini adalah keputusan Jawatankuasa Pengadil. inilh yang saya kategorikan sebagai tindakan 'ikut suka' mereka sahaja. AJK yang lain tidak tahu apa-apa.

4. Semuanya bermula apabila SU membuat aduan rasmi bahawa beliau telah dikasari atau ditumbuk oleh salah seorang pengadil kebangsaan yang menyertai latihan kecergasan yang diadakan di Stadium Mini TATAR di bawah penyeliaan Pegawai Pembangunan Pengadil dan kejadian tersebut didakwa berlaku ketika SU membahagikan cenderamata kepada peserta-peserta. Ekoran dari aduan tersebut kami berusaha mengadakan satu sessi siasatan dengan memanggil beberapa saksi tetapi diakhir siasatan tersebut keputusan tidak dapat dibuat kerana ada antara saksi yang tidak hadir. Dan kami bercadang untuk mengadakan semula siasatan mengenainya bila saksi mencukupi. Lagipun ada pula aduan bahawa SU telah melakukan provokasi dan ada pula salah seorang AJK yang kononnya mengganggu proses siasatan tersebut.

5. Dalam masa menunggu siasatan dilakukan, tiba-tiba saya mendapat perkabaran daripada AJK iaitu pengerusi lantikan bahawa Pengadil Kebangsaan tersebut dihukum dengan menggantung tugas sehingga akhir oktober, SU yang kononnya melakukan provokasi digantung tugas juga sehingga akhir Disember dan sorang AJK yang kononnya mengganggu perjalanan siasatan diberi amaran keras. Jadi saya tertanya-tanya kenapa hukuman kepada pengadil itu lebih ringan daripada hukuman yang diterima SU. Dan layakkah mereka berdua menjatuhkan hukuman dengan tidak bermesyuarat?

6.Yang menjadi persoalan, siapa yang membuat keputusan tentang hukuman yang dijatuhkan tersebut sebab sepatutnya AJK hanyalah boleh membuat cadangan kepada majlis KFA. Hanya Jawatankuasa Disiplin KFA yang boleh menjatuhkan hukuman. Yang ini tidak berlaku seperti itu sebaliknya diputuskan oleh dua individu ini sahaja. Kami yang sama-sama berada dalam AJK Pengadil KFA tidak tahu apa-apa dan tidak dibawa berbincang tentang perkara ini. Belumpun dapat berdepan dengan saksi-saksi, kami sudah diberikan keputusan yang kononnya diputuskan oleh Jawatanakuasa Pengadil. Tentulah ini sesuatu yang pelik. Inilah yang saya katakan penyalahgunaan kuasa dn lebih camca dari bubur.

7. Seperkara lagi yang dikatakan lebih camca dari bubur adalah berkaitan dengan Program Ujian Kecergasan untuk para pengadil yang berdaftar dengan KFA yang dijalankan di dua tempat dalam dua minggu berturut-turut iaitu pada 21 Disember 2019 di Langkawi dan 28 Disember 2019 di Tengku Anum Jitra. Kedua-dua program ini juga tidak dibawa berbincang dalam mesyuarat AJK sebelum ini dan tanpa maklum apa-apa tentatif program, ia berjalan mengikut kehendak dua individu yang sama juga.

8. Pemergian ke Langkawi dibuat seolah-olah orang lain bodoh. Saya yang ada dalam JK Pengadil KFA langsung tidak diberi maklumat tentang tentatif program dan siapa antara AJK yang terlibat hngga ke saat akhir dan apabila ditanya, jawapan yang diberikan seolah-olah melepas batuk di tangga. Tidak dinyatakan siapa yang ikut bersama dan siapa yang menyediakan tempat tinggal, makan serta pengangkutan di pulau itu sebab keadaan di sana bukan seperti di darat ini. Akhirnya saya tahu sendiri bahawa seramai 5 petugas yang pergi dan hanya 7 peserta yang hadir ujian kecergasan tersebut. Perbelanajaan di situ hampir seribu ataupun RM1850.00. Wang sebanyak itu habis begitu sahaja dengan kehadiran 7 pengadil dan semuanya pula tidak lulus. Seminggu selepas itu dibelanjakan pula sebanyak RM8220.00 dalam program yang serupa di TATAR, Jitra. Di TATAR ini ramai juga yang lulus tetapi entah di mana silapnya ada juga individu yang tidak berdaftar sebagai pengadil KFA kerana tidak mempunyai sebarang kelas mendapat ganjaran hadiah seperti T-shirt dan juga lencana.

9. Alangkah baiknya jika perkara ini dibawa berbincang bersama AJK yang lain. Biar berbaloi dengan perbelanjaan RM10070. itu dengan maksima penyertaan dari kalangan pengadil yang berdaftar dengan KFA. Tetapi oleh sebab sikap ego dan penyalahgunaan kuasa dua individu ini iaitu Pemangku Setiausaha dan Pengerusi Lantikan, perbelanjaan menjadi satu ketirisan.

10.  Hal ini orang tidak tahu.
Pengerusi tidak tahu dan tidak sedar.
Ahli Majlis dan Exco KFA langsung tidak tahu.
Wang RM10070.00 tetapi hasilnya tidak berbaloi.
Orang yang tidak ada dalam daftar pengadil KFA juga mendapat baju dan lencana.
Hentam sajalah Labu!



1 comment: