Tuesday, January 28, 2020

PERIHAL MENGENANG JASA

1. Hari ini kita bicarakan tentang perkar asas dalam kelangsungan hidup kita. Kita bicara tentang konsep mengenang budi. Walaupun konsep ini sangat mudah difahami tetapi tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Jika tidak dipedulikan, perkara mengenang budi ini boleh menggugat kestabilan emosi seseorang. Mengenang budi sepatutnya diberi perhatian yang serius. Kita akan hilang perasaan merendah diri dan akan hilang status orang yang bernama 'kawan' dalam hidup kita biar seakrab mana sekalipun.

2. Dalam apapun corak penghidupan kita, rasa mengenang budi dan berbudi itu sendiri sangat memberi pengaruh kepada keharmonian bersahabat. Tidak kiralah dalam persahabatan dan juga hubungan kekeluargaan serta dalam masyarakat kita sekalipun, mengenang budi sangat dituntut agar pertolongan srt bantuan orang tidak menjadi sia-sia.

3. Bukanlah hendak difokuskan di sini bahawa setiap pertolongan atau budi mesti dibalas. Cukuplah sekadar penghargaan dan ingatan. Di satu masa nanti orang yang memakan budi itu akan memberi bantuan kepada orang yang lain pula. Tegasnya budi tidak minta dibalas serta merta atau jikqa dibalas pun adalah secara kebetulan. Apa yang mahu difokuskan di sini adalah keperluan kita untuk mengenang budi bukan membalas budi. kita berbuat baik kepada orang yang baik dengan kita. Dan jasanya harus dikenang, bukan dibalas. Kita harus berbudi kepada orang lain pula sebagai tanda ingatan kita pernah menerima budi.

4. Tegasnya, kita berbudi kepada orang lain sebagai satu proses mengnang budi. Baru-baru ini saya terjumpa seorang lelaki. Dia menegur saya dalam satu pertemuan yang tidak sengaja iaitu ketika dia sibuk membantu seseorang yang ditimpa kemalangan. Dia beerusaha menguruskan sehingga orang yang kemalangan itu dibawa ke hospital. Semasa dia menegur saya, saya benar-benar tidak mengenalinya tetapi lelaki itu begitu mesra dan sangat menghormati saya dalam tutur katanya. Akhirnya dia memperkenalkan dirinya bahawa dialah yang telah saya bantu puluhan tahun dahulu ketika terlibat dalam satu kemalangan motosikal. Rupanya dia tetap mengingati pertolongan yang saya berikan dahlulu dan bantuannya tadi adalah atas dasar mengenang budi yang telah saya berikan kepadanya dahulu. Itulah konsep membalas budi yang dimaksudkan.

5. Perkara yang tidak patut kita buat adalah menikam belakang orang yang pernah berbudi dengan kepada kita. Ini tentulah satu perkara yang tidak masuk akal. Kita tidak sepatutnya menghalakan demuhan dan sumpah seranahkepada orang yang ernah berbudi kepada kita. Orang yang pernah berbuat baik dan membantu kita, tidak sepatutnya menerima kebencian dari kita atau mempengaruhi orang lain meenyerang kita dengan cemuhan dan kata-kata yang tidak baik.

6. Dalam hal ini sedikit sebanyak ada juga melibatkan diri saya sendiri. Sehingga saat ii saya tetap mengenang dan mengingati orang-orang yang pernah berbudi kepada saya. Dan saya tidak sekali-kali sanggup mengecewakan orang yang pernah membantu saya ketika susah dan sulit. Hingga hari ini saya tetap berpegang kepada prinsip itu kerana saya merasa apabila kita dikhianati, kita tidak akan boleh berdiam diri.

7. Hingga ke saat ini saya masih terfikir kenapa secara-cara tiba-tiba saya dikhianati dan yang melakukannya pula adalah orang yang amat akrab dengan saya satu ketika dahulu. Dan lagi orang tersebut pada satu masa dahulu saya beri macam-macam bantuan dan membelanya ketika dia menghadapi masalah. Tak tahulah dia masih ingat atau tidak betapa saya membelanya sehingga diri saya sendiri kehilangan segala-galanya dalam organisasi yang kami ada bersama. Saya disingkirkan dari organisasi tersebut tanpa apa-apa kesalahan kecuali kerana membela sahabat saya itu sahaja.

8. Sejak disingkirkan, saya berusaha bermacam-macam termasuk menulis beberapa surat rasmi kepada organisasi tersebut, malah saya juga telah menulis dalam akhbar dan buletin yang berkaitan agar orang tahu keadaan yang sebenarnya. Akhirnya apa yang saya perjuangkan itu berhasil dan sahabat saya juga mendapat semula tempatnya dalam organisasi itu.

9. Namun akhirnya sekarang, sahabat karib saya ini mula memainkan peranan memburukkan diri saya pula. Saya ditikamnya dari belakang seolah-olah dia lupa apa yang saya pernah lakukan untuknya. Dia lupa dahulu saya prnah menjadi lilin untuk mencerahkan laluannya ke mercu organisasi tersebut. inilah yang dikatakan orang tidak mengenang budi!

10. Semua lupa kepada pantun Melayu yang terkenal ini:-
     
      Pisang emas dibawa berlayar
      masak sebiji di atas peti
      hutang emas boleh dibayar
      hutang budi dibawa mati.

Pantun ini hanyalah menjadi mainan bibir semata-mata, tidak dipegang sebagai satu prinsip hidup dalam persahabatan sesama manusia.

Sekian, adios!

Monday, January 27, 2020

SIAPA JANTAN, SIAPA BETINA?

1. Hari ini saya berpeluang membaca satu mesej dalam grup whatsapp bekas pengadil-pengadil bolasepak Kedah yang meminta saya bermuhasabah diri selepas saya memberi komen terhadap suatu video yang diberikan oleh Pengerusi Lantikan JK Pengadil Bolasepak KFA kepada ahli grup tersebut.
Dan beliau yang mengirim mesej itu meminta saya menjadi "jantan" dengan menghantar mesej begitu secara personal.

2. Saya ingin menyatakan di sini, perkara ini bukan soal jantan atau betina tetapi ia berkaitan dengan harga diri baik diri saya dan diri siapa sahaja. Apa guna dilayan lagi secara personal jika telah berkali-kali dikirim mesej dan meminta beberapa penjelasan orang itu tetap membisu dan tidak menjelaskan sebarang isu? Jadi siapakah jantan dan siapakah betina dalam hal ini? Lalu usahlah menegakkan benang basah dan menunjukkan sikap hanya orang lain bersalah dan kita tidak padahal kita juga melakukan perkara yang sama.

3. Cerita kali ini bermula apabila pihak yang memegang kuasa dalam Jawatankuasa Pengadil KFA telah secara sewenang-wenangnya membuka satu grup pengadil KFA yang baru dengan meninggalkan dan menyisihkan beberapa AJK. Saya adalah salah seorang yang tersisih itu dan ia benar-benar menjadi persoalan mengapa harus berbuat demikian. Adakah ada agenda yang mahu disembunyikan daripada kami yang tersisih itu? Alangkah baiknya grup lama dikekalkan agar kami juga dapat mengetahui pergerakan para pengadil yang melaksanakan tugasan. Tetapi ini tidak dilakukan. Apa matlamatnya?

4. Mulanya itu sahaja yang saya tanya. Jawablah dengan berhemah dan dengan rasa tanggungjawab. Apa yang hendak disembunyikan padahal saya juga adalah AJK Jawatankuasa Pengadil KFA. Bukankah itu satu kerja gila? Saya hanya hendak tahu sebab itu sahaja. kalau diberitahu secara lojik, lantaklah apa yang hendak dibuat. Sekurang-kurangnya jika saya sebagai AJK tahu pergerakan pengadil yang bertugas di mana-mana, ada kesempatan boleh saya berjumpa pengadil-pengadil yang bertugas tersebut.

5. Ada banyak perkara lagi yang diselindungkan dari pengetahuan AJK yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak dimaklumkan. Butir-butir perbelanjaan tidak diberitahu. Siapa lulus dan siapa tidak lulus dalam ujian kecergasan yang dijalankan pada 21 dan 28 Disember lalu tidak diumumkan kepada AJK. Jadi siapa yang betanggungjawab dalam hal-hal ini?

6. Jika diikutkan, tempoh penggantungan Setiausaha Jawatankuasa Pengadil KFA dan Amaran Keras kepada seorang AJK sudah berakhir apabila 2019 melabuhkan tirai. Sepatutnya apabila sinar 2020 muncul, tugas setiausaha harus dikembalikan kepada setiausaha yang asal. Tapi ini tidak berlaku. Bukannya susah pun, adakan satu mesyuarat tergempar dan serahkan kembali tugasan itu, habis cerita. Tapi kerana sesuatu yang misteri, hal ini tidak berlaku.

Jadi sekarang siapa jantan dan siapa betina?

Adios!

Friday, January 17, 2020

CACING SEMAKIN NAIK KE MATA, KADUK SEMAKIN NAIK JUNJUNG

1. Sesudah beberapa kali kontorversi melanda Jawatankuasa Pengadil KFA pada hujung tahun lalu, dijangkakan semua spekulasi tentang ketidak-harmonian dalam kalangan AJK akan berakhir apabila memasuki tahun 2020. Lagipun mulai 1 Januari 2020, Setiausaha sebenar jawatankuasa ini sudah boleh memulakan tugas semula apabila tempoh penggantungan beliau telah tamat pada 31 Disember 2019.

2. Rupanaya kemelut tersebut tidak juga berakhir sebagaimana yang dijangkakan. Setiausaha Sementara atau lebih tepat lagi Pemangku Setiausaha, Haji Othman Musa yang sepatutnya menyerahkan kembali tugasan setiausaha yang dipangkunya kepada En Hasbullah Ahmad selaku Setiausaha jawatankuasa tersebut tidak berbuat demikian malah masih lagi asyik dengan tugas setiausaha tersebut. Sudahlah penggntungan tugas setiausaha dahulu dilakukan dengan tidak mengikut peraturan, serahan tugas juga tidak dibuat walaupun hukuman sudah tamat. Setiausaha sementara ini haruslah ingat bahawa tugasan yang dibuatnya sekarang adalah tidak sah kerana setiausaha sebenar sudah memasuki zon bebas bertugas.

3. namun begitu, pihak KFA khasnya Pengerusi Jawatankuasa Pengadil KFA tidak peka dan tidak menyedari hakikat ini. Sepatutnya beliau telah bertindak secara proaktif dengan meminta Setiausha Sementara menyerahkan kembali tugas kepada Setiausaha ataupun memanggil satu mesyuarat AJK berbincang dan melakukan proses penyerahan tugas ini. Malangnya pengerusi tidak menyedari perkara ini, lalu setiausaha sementara dan sahabat-sahabatnya masih lagi beraksi dengan melakukan beberapa perkara yang tidak masuk akal dan tidak munasabah.

4. Hari ini saya dikejutkan dengan berita Setiausaha Sementara dan The Gang telah membuka akaun satu grup whatsapp "Ref 2020" dengan meminggirkan beberapa orang AJK Jawatankuasa Pengadil yang sepatutnya patut berada dalam grup tersebut. sekurang-kurangnya para pengadil tahu siapa AJK dan di pihak AJK pula bolehlah mengikuti perkembangan ahli-ahli pengadil yang lain. Entah apa alasan saya dan beberpa AJK yang lain tidak termasuk dalam grup itu. Inilah yang dikatakan cacing semaikin naik ke mata dan kaduk semakin naik junjung. Kumpulan ini yang didalangi SU Sementara dan Pengerusi Perlantikan Pengadil tidak menghormati AJK yang lain termasuk Setiausaha, En. Hasbullah Ahmad. Tujuan sebenar mreka berbuat demikian tidak siapa tahu kerana tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat.

5. ini menandakan sesuatu yang tersembunyi kerana ia dirancang begitu rupa supaya saya dan AJK yang dinafikan hak itu tidak dapat mengetahui apa-apa mesej dan juga maklumat yang diperbincangkan padahal kami juga adalah AJK yang dilantik bersama mengangotai Jawtankuasa ini.
Yang pastinya kami tidak akan tahu tentang perlantikan pengadil samada dalam kalangan pengadil yang berdaftar atau tidak dan lulus atau tidak dalam ujian kecergasan baru-baru ini. Biar apapun niat mereka, sebenarnya ada agenda tidak ikhlas dan tidak jujur apabila melindungi dari sebahagian AJK.
Apapun alasan mereka, orang mengandaikan ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

6. Hal ini jika dibiarkan berterusan, implikasinya amat besar terhadap Jawatankuasa Pengadil KFA sendiri. Orang akan hilang rasa hormat dan boleh memperlekehkan seluruh AJK kerana dalam kalangan AJK sendiri ada berpuak-puak. Sisi buruk sahaja yang akan dilihat orang sedangkan saya dan AJK yang tidak disenaraikan tidak tahu menahu tentang grup tersebut. Nanti apabila timbul sesuatu pertikaian, orang tidak tahu menahu perkara ini dan yang disebut-sebut adalah Jawatankuasa Pengadil KFA termasuklah kami yang diabaikan ini.

7. Apapun akhirnya yang akan dipersalahkan adalah semua AJK walaupun yang naik junjung adalah dua tiga orang ini sahaja. Mereka inilah, Hj Othman Musa, Dahri, Zaber dan Pengerusi sendiri yang sebenarnya bertanggungjawab.

Sekian, terimakasih!
Adios!

Monday, January 13, 2020

JAWATANKUASA PENGADIL KFA: SAMPAI BILA PENGGANTUNGAN SETIAUSAHA AKAN BERTERUSAN?

1. Esok bulan Januari akan memasuki gerbang 14 haribulan, bermakna hukuman gantung tugas terhadap setiausaha Jawatankuasa Pengadil KFA sudah terlajak 13 hari. sepatutnya menurut syarat hukuman tersebut, jika hukuman itu sah dari segi peraturan, ia sudah melebihi 14 hari kerana hukuman tersebut berkuatkuasa hingga 31 Disember 2019 sahaja. apabila memasuki tahun 2020, setiausaha tersebut sudah boleh bertugas macam biasa semula. Semua ini boleh dilakukan jika pihak yang mengambilalih tugas SU tersebut mempunyai nilai tanggungjawab yang sepatutnya.

2. Sepatutnya pada 31 Disember 2019 yang lalu pihak Jawatankuasa ataupun pihak yang berkenaan yang memangku tugas boleh memanggil saudara Hasbullah Ahmad (SU yang digantung tugas) menyambung semula tugasnya pada esoknya. Tetapi hal ini tidak berlaku sehingga hari ini. Masing-masing masih dibuai keseronokan menjalankan tugas SU yang disebut sebagai Setiausaha Sementara, bukan seperti yang sepatutnya Pemangku Setiausaha. Jika hal ini tidak berlaku seperti yang dijangka, bermakna harga diri pihak berkenaan sudah hilang dan tidak juga menghormati peraturan yang mereka sendiri bentangkan.

3. Sudahlah hukuman dijatuhkan tanpa melalui apa-apa mesyuarat jawatankuasa, malah tidak pula melalui apa-apa siasatan kerana tidak ada aduan rasmi dari pihak yang kononnya teraniaya, pihak yang kena tuduh pula tidak diberi peluang membela diri langsung, lantas tugas rtersebut tidak dikembalikan sehingga hari ini. Sudah 13 hari berlalu dan maruah diri hilang begitu sahaja kerana tidak menunaikan janji.

4. Sepatutnya pada 31 Disember 2019 atau 1 januari 2020. AJK dipanggil untuk bermesyuarat dan menyhaksikan serahan tugas kepada setiausaha yang asal. Jawatan Setiausaha Sementara haruslah dihentikan kerana kesilapan istilah. Sepatutnya itu adalah Pemangku Setiausaha bukannya setiausaha sementara. Sampai bila hal ini akan berlarutan?

5. Jadi sekarang semua kerja yang dilakukan oleh setiausha sementara itu adalah tidak sah kerana sudah melepasi tarikh luput. Berhentilah dari kepura-puraan ini dan berbaliklah kepada pelaksanaan yang hakiki.

Sekian. Terimakasih.
ADIOS!

Tuesday, January 7, 2020

PERLANTIKAN PENGADIL BERTUGAS DI LIGA NEGERI KEDAH

1. Bagi sesetengah orang, ghairah bukan main menunjukkan kuasanya. Begitu seronok menonjolkan diri biar semua orang tahu dan anggap dia paling bijak dan mempunyai kuasa berbanding orang lain. Malangnya orang itu tidak tahu bahawa perbuatan dan sikapnya itu melambangkan sesuatu yang tidak molek dan tidak mencerminkan kebijaksanaannya sendiri. Orang begitu tidak sedar bahawa semua tindak-tanduknya melambangkan satu wajah yang tidak enak dilihat.

2. Hal ini telah berulangkali berlaku di dalam Jawatankuasa Pengadil KFA. Jika hendak disenarikan terlalu banyak kesilapan yang tidak disedari ini. Paling jelas dapat kita lihat apa yang berlaku dalam JK Kecil Perlantikan Pengadil . JK kecil ini terdiri daripada beberapa orang AJK dalam kalangan JK Pengadil KFA sendiri.

3. Sebenarnya JK Kecil Perlantikan ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam tugasan melantik pegawai perlawanan (pengadil) bagi siri perlawanan liga yang dianjurkan oleh KFA atau pihak yang mendpat kebenaran KFA di peringkat negeri. Manakala dalam perlawanan-perlawanan anjuran Persatuan Bolasepak Daerah, semua perlantikan pegawai perlawanan adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa mereka sendiri.

4. Hal ini berjalan lancar sejak puluhan tahun dahulu ketika saya kali pertama berada di dalam JKPengadil KFA. Semua perlawanan anjuran daerah-daerah atau kampung-kampung adalah menjadi tanggungjawab mereka sendiri melantik pengadil kerana hanya mereka yang mengenali dan tahu latar belakang serta prestasi pengadil di daerah-daerah. Hal ini terpaksa dibuat begitu untuk memberi peluang kepada individu yang baru belajar atau yang sudah terkeluar dari senarai pengadil peringkat negeri. Kit harus berbuat begitu bagi menimbulkan rasa bangga dan seronok dalam kalangan 'pengadil kampung' tadi.

5. Jika semua perlawanan wajib menerima perlantikan daripada JK Kecil Perlantikan KFA, sudah tentu terjadi seperti yang berjalan sekarang. JK Kecil ini sudah seperti lebih camca dari bubur, seolah-olah mengetahui semua orang di semua daerah. Ini sesuatu yang tidak logik kerana matlamat kewujudan Jawatankuasa di peringkat daerah seperti ada pada nama sahaja. Jawatankuasa perlantikan Pengadil di KFA hanya perlu memberi nasihat dan membantu jika ada situasi yang menimbulkan masalah.

6. Apa yang berlaku sekarang, semua perlantikan pengadil untuk semua jenis perlawanan di semua daerah hanya boleh dibuat oleh Jawatakuasa Kecil Perlantikan. Itupun jika JK ini betul-betul duduk berbincang tentang kelayakan dan prestasi pengadil yang dipilih. Tetapi apa yang berlaku sekarang, bukan JK Kecil itu yang melakukannya tetapi hanya pengerusi membuat perlantikan secara seorang diri. Tiada siapa pun yang dibawa berbincang.

7. Hal ini sudah berlarutan selama beberapa bulan sehingga ada kalanya berlaku ketirisan dengan individu yang tidak lulus ujian kecergasan malah yang tidak berdaftar dengan KFA pun terlantik. Hal ini sudah melanggar beberpa peraturan dalam organisasi pengadil itu sendiri dan kadang-kadang memalukan KFA sendiri.

8. Hal sebegini perlulah diteliti oleh pihak Jawatankuasa Pengadil KFA keseluruhannya agar perkara berbuat kerja ikut suka dan penyalahgunaan kuasa dapat dibendung. Tiada mana-mana pihak yang mempunyai kuasa melantik dirinya seoranfg diri mengendalikan apa-apa hal sekalipun. Semuanya mestilah secara berpasukan. Pengerusi JK khasnya perlulah meneliti dan berbuat sesuatu dalam hal ini.

Sekian, sehingga berjumpa lagi.
ADIOS!

Monday, January 6, 2020

PROSEDUR YANG DIABAIKAN

1. Akhir-akhir ini saya banyak bercerita tentang Jawatankuasa Pengadil KFA yang saya lihat semakin lari dari matlamat kewujudannya. Dari usaha memperkembangkan bakat serta kebolehan mengadili perlawanan, jawatankuasa ini asyik bermain dengan aspek yang kurang berfaedah. Semuanya terjadi kerana ada pihak yang asyik berbuat kerja 'ikut suka' dan tidak mengikut peraturan. Ada pula yang mahu menunjuk dan menyalahgunkan kuasa dalam beberapa hal. Sebahagian pula duduk di tengah dan melihat dan mengambil kesempatan di sebelah mana yang untung.

2. Tetapi saya tetap dengan pendirian, yang tidak betul, tetap tidak betul. Lalu ada juga yang mengatakan saya sengaja mencari masalah. lama kelamaan pihak yang tidak senang dengan tindakan saya akan menggunakan pengaruh mereka untuk menyingkirkan saya dari senarai AJK tersebut. Biarlah asalkan saya dapat membetulkan sedikit keadaan yang kurang menyenangkan itu.

3. Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah masing-masing tidak ambil berat tentang prosedur sesuatu perkara. Membuat perlantikan pengadil, ada kaedah dan tatacaranya. Menghukum sesuatu kesalahan disiplin, ada kaedahnya. Melaksanakan sesuatu aktiviti tentu bukan secara semberono tetapi mesti mengikut prosedur tertentu. Jika semua ini diikuti dan diambil kirta pasti tiada masalah yang timbul.

4. Sebagai contoh, dalam kes disiplin pengadil atau sesiapa sahaja, ada peraturan dan prosedur tertentu yang perlu diikuti, bukan dibuat secara melulu dan tergopoh-gapah. Ia dimulai dengan aduan rasmi (surat aduan). Bila ada aduan rasmi barulah siasatan dapat dijalankan. Dan apabila kes itu dapat pencerahan daripada saksi-saksi, surat tunjuk sebab akan diminta dari pihak yang bersalah. Jika tidak berpuas hati dengan itu, laporan hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Disiplin KFA berserta dengan cadangan hukuman. Pihak Jawatankuasa Disiplin akan jatuhkan hukuman. Namun tempoh rayuan mesti diberikan kepada pesalah. Bukan terus Jawatakuasa Pengadil yang menghukum dengan tidak memberi peluan pesalah membela diri dengan surat rayuan.

5. Dalam kes Setiausaha Jawatankuasa Pengadil dan AJK yang dijatuhkan hukuman, pihak Jawatankuasa tidak langsung menerima sebarang surat aduan, hanya dengar-dengar begitu sahaja. Dengar-dengar tidak boleh dikira sebagai aduan. Lalu tidak munasabah langsung kedua-dua orang ini dihukum dan hukuman pula lebih berat dari pengadil kebangsaan yang memukul orang. inilah yang dikatakan tindakan tidak mengikut prosedur yang betul dan hukuman itu tidak 'valid' dan berbaloi. Ditambah pula yang menjatuhkan hukuman bukanlah Jawatankuasa Pengadil atau pihak yang ada hak dan yang sepatutnya seperti dalam prosedur operasi disiplin.

6. Tentu tidak munasabah hukuman disiplin dibuat oleh sebahagian AJK sahaja sedangkan saya dan beberapa lagi AJK tidak ketahui langsung bila proses siasatan semula dilakukan. Tiba-tiba terus diberitahu hukuman yang telah dijatruhkan kepada mereka yang terlibat dengan tidak mempedulikan tindakan itu sah atau tidak.

7. inilah yang dikatakan tindakan 'ikut suka' dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Pengadil.Ada lagi beberapa hal yang berlaku di luar prosedur. jika hendak diperincikan satu persatu, banyak benar kesilapan yang akan terdedah.

Sekian. Selamat menjalankan tugas kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengadil sessi 2018 - 2022 yang telah bebas dari hukuman penggantungan tugas selama 6 bulan.

Adios!

Thursday, January 2, 2020

LEBIH CAMCA DARI BUBUR DALAM JAWATANKUASA PENGADIL KFA?


1. Hari ini saya ingin berbicara tentang siapa yang ada kuasa dalam kalangan Jawatankuasa Pengadil KFA sessi 2018 - 2022 ini. Orang luar tidak sedar dan tidak tahu bahawa kuasa sebenar dalam AJK ini tidak terletak di tangan pengerusi atau terletak di keputusan mesyuarat. Semua keputusan dan tindakan dibuat oleh hanya dua orang sahaja iaitu pemangku setiausaha dan seorang AJK merangkap Pengerusi Kecergasan dan Lantikan Pengadil. Dua orang ini yang sering membuat keputusan dan meminta sokongan dari pengerusi yang tidak sedar permainan mereka. Tetapi setiap keputusan mereka dilindungi ayat biasa iaitu semuanya adalah keputusan Jawatankuasa. Bila jawatankuasa membuat keputusan tidak diketahui kerana tidak ada mesyuarat dijalankan.

2. Hal ini bolehlah dikatakan satu kaedah penyalahgunaan kuasa oleh dua watak ini. Dan setiap tindakan mereka sering boleh dipertikaikan. Hal ini sangat ketara sesudah SU jawatankuasa pengadil ini digantung tugas kerana didakwa melakukan provokasi sehingga mencetus peristiwa seorang pengadil kebangsaan menumbuk setiausaha tersebut. Mereka membuat keputusan menggantung tugas setiausaha tanpa bermesyuarat malah penggantungan setiausaha dan seorang lagi AJK juga tidak sah kerana Jawatankuasa Pengadil tidak boleh menghukum sesama AJK. Sepatutnya hukuman dicadangkan sahaja kepada Majlis KFA dan Majlis sahaja yang mempunyai kuasa menghukum. Ini sudah jelas menunjukkan satu penyalahgunaan kuasa dalam kalangan mereka.

3. Kedua-dua watak ini bertindak sesuka hati, tanpa melalui proses perbincangan ataupun mesyuarat AJK. Mereka terus membuat keputusan dan pengerusi pula memperakukan tindakan mereka dan menganggap ini adalah keputusan Jawatankuasa Pengadil. inilh yang saya kategorikan sebagai tindakan 'ikut suka' mereka sahaja. AJK yang lain tidak tahu apa-apa.

4. Semuanya bermula apabila SU membuat aduan rasmi bahawa beliau telah dikasari atau ditumbuk oleh salah seorang pengadil kebangsaan yang menyertai latihan kecergasan yang diadakan di Stadium Mini TATAR di bawah penyeliaan Pegawai Pembangunan Pengadil dan kejadian tersebut didakwa berlaku ketika SU membahagikan cenderamata kepada peserta-peserta. Ekoran dari aduan tersebut kami berusaha mengadakan satu sessi siasatan dengan memanggil beberapa saksi tetapi diakhir siasatan tersebut keputusan tidak dapat dibuat kerana ada antara saksi yang tidak hadir. Dan kami bercadang untuk mengadakan semula siasatan mengenainya bila saksi mencukupi. Lagipun ada pula aduan bahawa SU telah melakukan provokasi dan ada pula salah seorang AJK yang kononnya mengganggu proses siasatan tersebut.

5. Dalam masa menunggu siasatan dilakukan, tiba-tiba saya mendapat perkabaran daripada AJK iaitu pengerusi lantikan bahawa Pengadil Kebangsaan tersebut dihukum dengan menggantung tugas sehingga akhir oktober, SU yang kononnya melakukan provokasi digantung tugas juga sehingga akhir Disember dan sorang AJK yang kononnya mengganggu perjalanan siasatan diberi amaran keras. Jadi saya tertanya-tanya kenapa hukuman kepada pengadil itu lebih ringan daripada hukuman yang diterima SU. Dan layakkah mereka berdua menjatuhkan hukuman dengan tidak bermesyuarat?

6.Yang menjadi persoalan, siapa yang membuat keputusan tentang hukuman yang dijatuhkan tersebut sebab sepatutnya AJK hanyalah boleh membuat cadangan kepada majlis KFA. Hanya Jawatankuasa Disiplin KFA yang boleh menjatuhkan hukuman. Yang ini tidak berlaku seperti itu sebaliknya diputuskan oleh dua individu ini sahaja. Kami yang sama-sama berada dalam AJK Pengadil KFA tidak tahu apa-apa dan tidak dibawa berbincang tentang perkara ini. Belumpun dapat berdepan dengan saksi-saksi, kami sudah diberikan keputusan yang kononnya diputuskan oleh Jawatanakuasa Pengadil. Tentulah ini sesuatu yang pelik. Inilah yang saya katakan penyalahgunaan kuasa dn lebih camca dari bubur.

7. Seperkara lagi yang dikatakan lebih camca dari bubur adalah berkaitan dengan Program Ujian Kecergasan untuk para pengadil yang berdaftar dengan KFA yang dijalankan di dua tempat dalam dua minggu berturut-turut iaitu pada 21 Disember 2019 di Langkawi dan 28 Disember 2019 di Tengku Anum Jitra. Kedua-dua program ini juga tidak dibawa berbincang dalam mesyuarat AJK sebelum ini dan tanpa maklum apa-apa tentatif program, ia berjalan mengikut kehendak dua individu yang sama juga.

8. Pemergian ke Langkawi dibuat seolah-olah orang lain bodoh. Saya yang ada dalam JK Pengadil KFA langsung tidak diberi maklumat tentang tentatif program dan siapa antara AJK yang terlibat hngga ke saat akhir dan apabila ditanya, jawapan yang diberikan seolah-olah melepas batuk di tangga. Tidak dinyatakan siapa yang ikut bersama dan siapa yang menyediakan tempat tinggal, makan serta pengangkutan di pulau itu sebab keadaan di sana bukan seperti di darat ini. Akhirnya saya tahu sendiri bahawa seramai 5 petugas yang pergi dan hanya 7 peserta yang hadir ujian kecergasan tersebut. Perbelanajaan di situ hampir seribu ataupun RM1850.00. Wang sebanyak itu habis begitu sahaja dengan kehadiran 7 pengadil dan semuanya pula tidak lulus. Seminggu selepas itu dibelanjakan pula sebanyak RM8220.00 dalam program yang serupa di TATAR, Jitra. Di TATAR ini ramai juga yang lulus tetapi entah di mana silapnya ada juga individu yang tidak berdaftar sebagai pengadil KFA kerana tidak mempunyai sebarang kelas mendapat ganjaran hadiah seperti T-shirt dan juga lencana.

9. Alangkah baiknya jika perkara ini dibawa berbincang bersama AJK yang lain. Biar berbaloi dengan perbelanjaan RM10070. itu dengan maksima penyertaan dari kalangan pengadil yang berdaftar dengan KFA. Tetapi oleh sebab sikap ego dan penyalahgunaan kuasa dua individu ini iaitu Pemangku Setiausaha dan Pengerusi Lantikan, perbelanjaan menjadi satu ketirisan.

10.  Hal ini orang tidak tahu.
Pengerusi tidak tahu dan tidak sedar.
Ahli Majlis dan Exco KFA langsung tidak tahu.
Wang RM10070.00 tetapi hasilnya tidak berbaloi.
Orang yang tidak ada dalam daftar pengadil KFA juga mendapat baju dan lencana.
Hentam sajalah Labu!