Minggu lepas kita dikejutkan dengan langkah drastik TMJ
selaku Presiden FAM memecat 20 staf persatuan bolasepak itu sebagai langkah
berjimat dan mengurangkan kos pentadbiran yang jangkaannya melangkau jutaan
ringgit. Ramai orang marah-marah dan merungut dengan alasan tindakan tersebut
terlalu cepat dan menganiaya individu-individu terlibat. Namun Tengku Ismail
mempunyai alasan konkrit bahawa tindakan baginda adalah atas kapasiti sebagai
presiden yang dipilih dan berharap perwakilan memahami situasi kewangnan yang
sebelum ini tidak siapa yang terfikirkan
Tahniah diucapkan kepada YM Tengku Mahkota Johor itu yang
mengambil satu tindakan dan pendekatan berani demi mengembalikan kegemilangan
FAM.
Hal ini berbeza dengan Persatuan Bolasepak Kedah atau KFA.
Persatuan bolasepak negeri Jelapang Padi itu takut berbuat demikian kerana
beberapa alasan. Alasan yang paling ketara adalah kerana masing-masing yang
berjawatan di persatuan itu adalah orang-orang politik. Mereka tidak mempunyai
masa untuk menjalankan tugas persatuan kerana sibuk dengan jadual politik
masing-masing. Lalu KFA terpaksa menghabiskan puluhan ribu ringgit setiap bulan
menggaji staf khas untuk tugas-tugas yang sepatutnya dijalankan oleh mereka.
Malah KFA juga tetap mengekalkkan barisan staf ini biarpun
ada bebrapa aduan dan laporan tentang salah tadbir dan salah urus bidang
masing-masing. KFA bukannya memecat staf yang ternyata tidak berfungsi dengan
betul tetapi sebaliknya memecat Ahli Jawatankuasa yang mendedahkan perkara
tersebut seolah-olah pengadu yang bersalah, bukannya staf yang dilantik itu.
Baru-baru ini KFA memecat dua orang Ahli Jawatankuasa Pengadilnya kerana
melaporkan rasa tidak puas hati terhadap salah urus tugas Pegawai Pembangunan
Pengadil mereka tanpa membuat sebarang siasatan.
Itulah perbezaan ketara antara FAM dan KFA.
No comments:
Post a Comment