Monday, February 13, 2017
KFA YANG AKU TINGGALKAN
KFA: Sebuah nama yang begitu gah dan perkasa di utara khasnya di negeri Kedah Darul Aman. Siapa yang tidak kenal dengan KFA atau Persatuan Bolasepak Kedah yang begitu ternama dan mempunyai nama-nama pemain bolasepak yang hebat. Siapa yang lupa kepada nama-nama besdar bolasepak tanahair seperti Ahmad Sobri Ismail, Radzi Mat Din, Norazam Ishak dan juga Azmi Mahmud. Semua orang masih ingat kepada Khamal Idrtis Ali, Mohamad Ramli dan ramai lagi termasuk Lee Kin Hong.
Nama-nama ini mewarnai pasukan Hijau Kuning yang diterajui Allahyarham Dato' Ahmad Basri Akil dan orang masih ingat jurulatih yang menaikkan Kedah di persada bolasepak negara iaitu Dato' Ahmad Shafie. Malah nama-nama besar ini masih bergiat dan memegang beberapa jawatan penting dalam pengurusan KFA sehingga kini kecuali Dato' Ahmad Basri.
Itu adalah sekadar mengembalikan nostalgia dan ingatan kerana secara diam-diam aku juga 'ada' bersama watak-watak ini di KFA ketika era pasukan Hijau Kuning baru hendak membangun. Tetapi penglibatan kami hanyalah di belakang tabir kerana orang tidak memfokus secara total kepada golongan seperti aku dan temana-teman lain kerana kami hanyalah PENGADIL. Siapalah yang mahu ambil berat sangat tentang manusia berbaju hitam ini kecuali jika berlaku insiden buruk di dalam padang, waktu itulah baru nama pengadil disebut-sebut, itupun secara sindiran dan negatif.
Namun begitu sempat juga aku bergelumang di kancah bolasepak KFA bermula tahun 1986 dengan menduduki peperiksaan FAM untuk menjadi pengadil kebangsaan dan lulus serta dilantik dengan rtasmi sebagai Pengadil Kebangsaan pada tahun 1987. setelah itu dilantik menduduki barisan Ahli Majlis KFA dan juga Ahli Jawatankuasa Pengadil bersama lagenda pengadil Kedah iaitu Allahyarham Haji Khalid Ariffin, Allahyarham Hamzah Mohammad dan beberapa orang yang lain yang masih ada sekarang ini seperti Haji Md Isa Abu Seman dan Anowar Morad terapi telah menyepi sekian lama.
Lalu kirta-kira tahun 2005 aku meninggalkan semua jawatan tersebut kerana beberapa sebab termasuk sebab peribadi dan juga atas sebab tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang berlaku di KFA sendiri. semua sebab musabab itu biarlah menjadi kenangan di dalam album hidupku sendiri.
Sekarang sekali lagi aku meninggalkan KFA setelah hanya dua tahun berada dalam senarai Jawatankuasa Pengadil. Tapi kali ini bukan pilihan sendiri tetapi aku diSINGKIRkan. Keras bunyi perkataan itu tetapi itulah hakikatnya. namun aku tetap berterimakasih disingkirkan begitu daripada duduk dalah KFA menganngung malu, malu dengan sistem politik di persatuan tersebut. lantas aku membuat kesimpulan bahawa orang politik memang tidak sesuai menguruskan persatuan tetapi mereka tetap dilantik. Lantikan dibuat bukan kerana mereka pandai tetapi kerana kedudukan mereka menjadi sumber mendapatkan DANA. itu sahaja.
Orang politik manalah ada masa menguruskan pentadbiran dan pasukan. Mereka sibuk dengan politik menjaga rakyat kawasan masing-masing. Lalu pengurusan persatuan bolasepak disertahkan kepada orang lain yang mereka lantik dan dibayar gaji. Setiap bulan KFA terpaksa berbelanja puluhan ribu untuk membayar gaji kepada pegawai-pegawai yang dilantik ini biarpun mereka yang dilantik ini bukanlah arif sangat tentang bolasepak.
Aku sendiri duduk di dalam Jawatankuasa Pengadil hanyalah pada namanya saja. Ramai bukan main, dekat sepuluh orang di dalam senartai Jawatankuasa itu tetapi yang bekerja hanyalah 'seorang' sahaja iaitu Pegawai Pembangunan Pengadil. PPP ini bertindak sendirian dalam semua perkara dam terus membelakangkan Jawatankuasa Pengadil. Ada aktiviti dan tugasan yang langsung tidak dimaklumkan kepada JK Pengadil sehinggakan kepadfa hal-hal yang memerlukan peruntukan wang ringgit. Namun ia direstui oleh Setiausaha Kehormat dan lain-lain. Sudahnya Jawatankuasa Pengadil tidak berfungsi apa-apa sehinggakan hampir dua tahun tidak pernaha bermesyuarat atau berjumpa untuk berbincang. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil juga orang politik langsung tidak sekalipun hadir dalam mesyuarat pertingkat awal dahulu.
Jika dilihat dengan teliti, Jawatankuasa Pengadil dan Pegawai Pembangunan Pengadil adalha dua entiti yang berlainan. PPP ini diletakkan sebagai ahli jawatankuasa secara jemputan dan segala dasar dan program akan dicadangkan oleh PPP dan diputuskan oleh AJK. Tetapi hal yang sebaliknya berlaku di KFA. Jawatankuasa Pengadil diketepikan dan SU Kehormat hanya merujuk kepada PPP untuk semua aktiviti dan peruntukan. Bagaimana boleh seorang Setiausaha Kehormat sebuah persatuan sukan terkenal boleh menerimapakai semua 'cakap' PPP dan mengenepikan semua AJK? Itulaha yang berlaku sebenarnya.
Jika Jawatakuasa Pengadil tidak berfungsi, untuk apa ia ditubuhkan? Untuk apa aku dan beberapa orang lagi diletakkan dalam jawatankuasa tersebut? Untuk kepastian mengenai perkara ini aku menyalurkan pertanyaan demi pertanyaan dan kemuncaknya aku tulis surat kepada Setiausaha Kehormat KFA sendiri. Mungkin kerana terasa tercabar dengan surat tersebut yang aku kirim pada 28 Januari 2016, maka pada 17 Januari 2017 SU Kohormat KFA memberi surat penghargaan dan terima kasih kerana sudinya aku berada di dalam JK Pengadil selama ini dan itu adalah surat penyingkiran daripada menganggotai Jawatankuasa Pengadil tersebut. Tapi aku sedar bahawa SU itu tidak tahu apa-apaa sebenarnya dan surat ini telah disediakan oleh orang lain dan Dato" SU itu hanya tandatangan sahaja membuta tuli seperti dicucuk hidung.
Kerana itulah aku meninggalkan KFA buat kali kedua ini!
Jadi untuk berada di dalam struktur KFA, aku nasihatkan kepada semua, jangan bertanya apa-apa. Diam dan ikut sahaja. Jika bertanya akan disingkirkan.
No comments:
Post a Comment