Bolasepak di Malaysia tidak sempat hendak bersunyi-sunyi
dari ledakan kritik dan teguran. Lepas satu, satu pula datang bagai ledakan
mercun bola di musim raya. Yang terbaru, kritikan TMJ benar-benar bgaikan bom
yang meledak seluruh jentera FAM dan bolasepak Malaysia dan suara itu
menggambarkan tiada orang lain sepakar baginda dalam usaha membangunkan
bolasepak di Malaysia.
Sedar atau tidak ini bukanlah kenyataan baginda yang pertama
menggunakan ayat-ayat yang mengguris hati siapa sahaja. Sudah beberapa kali
baginda berbuat demikian seolah-olah orang lain tidak sepandai baginda menguruskan
sebuah organisasi dan sesebuah pasukan. Dan tentunya siapa yang membaca
kenyataan baginda akan beranggapan bahawa baginda sahaja yang tahu menguruskan
persatuan bolasepak. Tuduhan sebagai sebuah organisasi korup adalah suatu
tuduhan yang berat dan sombong.
Siapa sahaja boleh mengagak kepada siapa ditujukan kenyataan
…..”Mereka terpaksa bermain untuk seorangpemimpin yang tidak pernahmenghadiri sebarang
latihan ataupun mesyuarat. Mereka bermain untuk seorang pemimpin yang tidak
tahu nama mereka dan kewujudan mereka…” Yang peliknya ketika dilantik menjadi
penasihat kepada presiden FAM suatu ketika dahulu, baginda menolak. Jika
lantikan tersebut diterima mungkin FAM tidak saperti digambarkan baginda kerana
baginda berkaliber dan pandai dalam menguruskan bolasepak.
TMJ lupa bahawa baginda hanya menguruskan organisasi sebuah
persatuan bolasepak negeri dan perdastuan itu pula menerima suntikan wang yang
lumayan bernila ratusan juta berbanding dengan FAM yang mengendalikan segala
aspek bermula dari pembangunan hinggalah kepada perkara remeh yang berkaitan
dengan bolasepak seluruh negara. Dan wang yang FAM ada tidak standing pasukan
JDT.
Para pemain yang mengumumkan persaraan mengejut ini juga
harus ingat bahawa mereka yang berada di tahap sekarang tentulah asalnya dari
badan yang mereka cemuh itu. Jika FAM tidak bina mereka pasti mereka tidak
berada di tahap sekarang ini. Dan ingatlah menyarung jersi kebangsaan adalah
satu penghormatan biap berapa nilai risikonya. Dan mereka juga harus ingat
bahawa prestasi mereka bukannya kekal selamanya di tahap yang ada sekarang.
Walaupun anda menerima ganjaran lumayan dari JDT, ingatlah bahawa bahawa FAM
yang membawa anda ke tahap sekarang. Empat pemain yang mengumumkan persaraan itu seolah-olah tiada ruang untuk berbincang dan mengemukakan masalah mereka di FAM.
FAM juga haruslah mengambil langkah berani. Terima kritikan
sebagai sesuatu yang membina dan memuhasabahkan organisasi. Ambil satu langkah
berani dengan memperkenalkan peraturan dan syarat baru dalam pembentukan
pasukan kebangsaan. Mana-mana pemain yang gagal hadir atau menarik diri dari latihan
pasukan yang dibentuk harus dikenakan tindakan menghalang mereka dari bermain
untuk kelab atau pasukan negeri.
Langkah berani ini harus dibuat bagi membendung masalah yang
sama berulang.
No comments:
Post a Comment