Penggunaan televisyen berbayar sangat populer buat masa ini.
Selain dari member banyak pilihan saluran, stesen berbayar ini menghidangkan
gambar yang terang dan kemas. Walaupun ada masalah-masalah tertentu, stesen
berbayar ini tetap juga menjadi pilihan. Dan stesen yang paling popular buat
masa ini tentulah Astro. Malah ia mungkin menduduki tempat teratas dalam
senarai stesen berbayar ini.
Oleh sebab menjadi pilihan nombor satu di negara ini, Astro
mula menunjukkan belangnya. Filem-filem lama diulang semula berkali-kali
sehingga kanak-kanak berusia 6 thaun pun boleh menghafalkan ceritanya. Mutu
filem usahlah disebutkan, ada antaranya sangat rendah dan remeh. Kadang-kadang
sangat baru muncul filem-filem atau siri-siri baru dipaparkan.
Pelanggan membayar hingga ratusan ringgit untuk menikmati
setiap pilihan mereka tetapi Astro sentiasa menyiarkan program realiti yang
tentunya mendatangkan pendapatan kepada mereka tanpa memikirkan apakah program realiti
itu member impak yang baik atau tidak kepada penonton. Betullah pelanggan boleh
membuat pilihan tetapi biarlah berbaloi dengan wang yang dibayar kepada Astro.
Selain itu, pelanggan Astro sering disogokkan dengan
berbagai promosi dan iklan. Bermacam-macam promosi siaran dan banyak iklan yang
disiarkan di sepanjang sesuatu program atau filem. Kadang-kadang dalam segmen
atau siri filem untuk satu jam, hanya 40 minit saja yang berkaitan. Selebihnya
adalah iklan dan promosi. Pihak Astro harus ingat bahawa setiap pelanggan
membayar ratusan ringgit bukan untuk menonton iklan atau pomosi. Kalau untuk
tujuan itu mereka boleh mengikuti siaran RTM dan TV3 sahaja kerana
stesen-stesen itu hidup hanya bergantung kepada iklan.
Astro ini adalah stesen berbayar dan biarlah apa yang
disajikan itu berbaloi dengan wang yang telah dikeluarkan kepada Astro. Kalau
hendak disiarkan iklan-iklan produk, lebih baik turunkan bayaran bulanannya.
Jadi sekarang adakah Astro yang gila atau kita yang gila
Astro?
No comments:
Post a Comment