Pernah
anda datang ke pekan kecil Guar Chempedak? Namanya sangat menarik dan
kawasannya cantik, hampir dengan Gunung Jerai dalam daerah Yan, Kedah.
Chempedak adalah buah-buahan tempatan yang lazat dan sedap dimakan mentah atau
digoreng.
Nama
yang indah dan cantik tidak menjamin keadaan yang cantik juga. Kalau dilihat
seimbas pandang, dengan infra-sturkturnya, ia memang suatu tempat menarik dan
menjanjikan keselesaan rakyat jelata. Jalanraya menuju pekan Yan dari jalan
utama Alor Setar-Sungai Petani dibina begitu hebat dengan tiga lorong setiap
laluan pergi dan balik. Macam lebuhraya utara-selatan.
Malangnya,
itu hanyalah indah kabar dari rupa. Memang ia tiga lorong tetapi yang boleh
digunakan hanya satu sahaja. Dua lorong lagi tidak mungkin dapat digunakan
orang ramai. Orang ramai hanyalah rakyat kelas dua dan para peniaga di situ
menjadi ‘RAJA’.
Ada
ruang pejalan kaki, dibina bukan main cantik dengan bata berwarna, hanya
digunakan oleh peniaga-peniaga. Barang-barang niaga dipamerkan di situ hingga
menutup terus lorong pertama. Pengguna tidak boleh gunakan lagi lorong pejalan
kaki itu. Lorong kedua pula menjadi tempat para peniaga meletakkan kereta dan
van memunggah barang.
Terdapat juga beberapa kereta pengguna yang turut
berlagak bak raja, meletak kenderaan ketika memilih dan membeli barang-barang.
Tinggallah
lorong ketiga untuk digunakan orang ramai samada berjalan kaki atau kereta
melaluinya. Setiap hari jalanraya di situ menjadi sesak dengan orang ramai dan
kenderaan yang melaluinya. Mahu tak mahu, itulah saja jalan yang ada.
Ini
bukan perkara baru, malah sudah berlarutan sejak hampir 10 tahun, tiada juga
perubahan. Kadang-kadang terasa pelik, dalam masa 10 tahun takkan tiada sesiapa
pihak berwajib sedar dan bertindak. Buatlah sesuatu. Atau memang mereka tidak
mahu berbuat apa-apa kerana sudah mendapat apa-apa dari peniaga-peniaga di
situ.
Di
sini, peniaga adalah Raja dan pengguna adalah rakyat kelas dua.
No comments:
Post a Comment