1. Semalam 01 September 2018
adalah hari bersejarah bagi para pengadil yang berdaftar di bawah Jawatankuasa
Pengadil KFA bagi tahun 2018 dan juga hari malang bagi mereka. Sesudah puas
berusaha dan bergelut untuk lulus ujian kecergasan tahunan, mereka dimalukan
pula oleh segelintir pengadil yang degil dan tidak mahu mendaftarkan diri
dengan badan induk bolasepak negeri itu. Sesudah berjaya dalam ujian tersebut,
mereka mengharapkan akan mendapat peluang dilantik mengadili mana-mana
perlawanan bolasepak yang dianjurkan di bawah naungan KFA. Malangnya perkara
itu tidak berlaku.
2. Serentak dengan penganjuran
ujian kecergasan oleh Jawatankuasa Pengadil KFA itu, satu pertandingan bolasepak
diadakan di kawasan tidak jauh dari Alor Setar iaitu pertandingan Futsal Piala
Menteri Besar. Alangkah janggalnya bila Menteri Besar yang menjadi Presiden KFA
boleh meluluskan dan hadir untuk menyaksikan perlawanan futsal tersebut yang
tentunya diadili oleh para pengadil yang tidak terlibat dengan Ujian Kecergasan
yang dianjurkan oleh jawatankuasa yang dilantik oleh beliau sendiri.
3. Tentulah para pengadil yang
terlibat dengan ujian kecergasan ini terasa ke tulang hitam betapa mereka tidak
dihargai sebaliknya diberi tugas kepada individu-individu yang ingkar, tidak
mematuhi peraturan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengadil KFA. Mereka ini pula
adalah individu-individu yang lebih mementingkan wang dan kemudahan yang lain.
4. Sepatutnya Menteri Besar
sebagai Presiden KFA hendaklah peka kepada keadaan dan hendaklah ambil maklum
aktiviti yang dibuat oleh jawatankuasa di bawahnya daripada mementingkan
perlawanan futsal tersebut. sepatutnya Menteri Besar selaku Presiden KFA
hendaklah mengutamakan para pengadil yang mengikuti Ujian Kecergasan ini yang
diadakan bagi menilai tahap kecergasan pengadil KFA sendiri.
5. Sampai bila perkara sebegini
akan terus berlaku di KFA? Tentulah akan terus terjadi andainya yang bertukar
hanyalah Presiden dan para exco yang dipilih ketika pemilihan, tetapi para pegawai
yang mendapat elau, gaji dan kemudahan lain masih juga orang lama yang
diketahui tidak dapat menjalankan tugas dengan betul dan berprestasi tinggi.
Selagi para pegawai ini dikekalkan, selagi itulah keadaan tidak akan berubah.
6. Menteri Besar selaku Presiden,
Timbalan Presiden, Setiausaha Kehormat dan juga exco yang lain tentulah maklum
bahawa pegawai-pegawai inilah juga yang menyebabkan Kedah atau pasukan Helang
Merah gagal mengambil bahagian dalan kejohan AFC yang lalu. Begitu juga dengan
penganjuran Liga 5 yang KFA gagal menganjurkannya kerana pegawai-pegawai
eksekutif dan bukan eksekutif tidak menjalankan tugas mereka. Jadi selepas ini
jika ada apa-apa yang kurang, Presiden KFA tidak payah menuding jari kepada
sesiapa. Salahkan diri sendiri sahaja yang tidak peka kepada hal-hal seperti
ini.
7. Saya bersimpati dengan para
pengadil yang mengambil bahagian dalam Ujian Kecergasan semalam. Seramai 104
orang termasuk seorang pengadil wanita mengambil bahagian. Bermula dari yang
muda dalam usia 15 tahun hinggalah kepada yang paling berusia 55 tahun
menjalani ujian tersebut yang bermula jam 7.00 pagi. Mereka datang dari seluruh
pelosok negeri termasuk dari Langkawi dengan perbelanjaan sendiri. Bayangkanlah
berapa banyak perbelanjaan mereka dan jam berapa mereka bertolak dari rumah?
Yang datang dari Langkawi tentulah tiba sehari sebelumnya dan bayangkan mereka
terpaksa menginap di hotel dengan perbelanjaan sendiri.
8. Namun segala pengorbanan itu
sia-sia sahaja akibat dari tindakan penganjuran Futsal Piala Menteri Besar yang
tidak menggunakan khidmat mereka sebaliknya menggunakan khidmat pengadil yang
tidak berdaftar dan ingkar dengan peraturan yang ditetapkan Jawatankuasa
Pengadil KFA yang berada di bawah pengurusan Menteri Besar sendiri sebagai
Presiden KFA. Semuanya jadi janggal sekali. Sepatutnya penganjuran tersebut
tidak diluluskan andainya semua pihak peka dan sedar fungsi setiap jawatankuasa
di KFA. Jangan-jangan Jawatankuasa Pertandingan KFA sendiri tidak tahu tentang
penganjuran pertandingan tersebut, hanya Menteti Besar sahaja yang tahu.
9. Saya bersimpati dengan anda
semua, para pengadil terutama yang berusaha lulus dalam ujian kecergasan
tersebut. Tetapi apa boleh buat, mereka memegang dayung dan perahu milik
mereka. Kita sebagai penumpang terima hakaikat bahawa kita tidak diperlukan
pada masa ini. Insyaallah nanti pihak pengurusan dan Jawatankuasa Pengadil KFA
yang baru ini akan mengambil tindakan yang perlu.
10. Bagi pihak pengurusan pula
khasnya Datuk Seri Presiden serta YB Asmirul sebagai Setiausaha Kehormat
haruslah memandang serius perkara ini. Lihatlah Ketua Pegawai Eksekutif yang
dilantik dahulu bukannya orang bolasepak. Begitu juga Pegawai Eksekutif yang
sudah beberapa musim di pejabat KFA tetapi peningkatannya tiada juga. Jadi apa
tunggu lama-lama.
Sekian. Terimakasih.
ADIOS!
No comments:
Post a Comment