1. Foto ini adalah foto lama sekitar tahun 80an ketika bersedia untuk satu ujian kecergasan tahunan bagi pengadil-pengadil yang berdaftar dengan KFA. Bagi yang lulus dalam ujian kecergasan ini bolehlah dipilih untuk dilantik mengadili perlawanan-perlawanan di kelolakan KFA bagi tahun tersebut. Yang gagal akan mencuba lagi pada waktu yang lain pada tahun yang sama. Begitulah aktiviti yang amat nostalgik bagi setiap pengadil bolasepak di negeri Kedah ini.
2. Dan saya dengan beberapa orang AJK yang lain berada di Stadium Darulaman mengendalikan ujian ini serta merencanakan sedikit seminar ringkas selepas itu. Begitulah kami setiap tahun pada awal-awal penglibatan dalam bidang ini selepas menjadi salah seorang pengadil kebaangsaan dan juga menganggotai Jawatankuasa Pengadil bagi tahun-tahun tersebut.
3. Hal ini berlanjutan tahun demi tahun sehinggalah saya digugurkan dari menjadi AJK. Apabila saya dilantik semula menjadi AJK pada tahun 2015, saya terlibat kembali mengendalikan ujian ini. Formatnya masih sama iaitu pengadil yang lulus ujiasn kecergasan akan dilantik bertugas dalam mana-mana pertandingan di negeri Kedah di bawah naungan KFA.
4. Hal ini tidak lama kerana sepanjang tahun 2016 tdak diadakan ujian ini kononnya kerana kesibukan Pegawai Pembangunan Pengadil, En. Rosmahadi Hashim. Dan pada waktu yang sama Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Datuk Othman Aziz tidak mengambil tindakan apapun, begitu juga dengan timbalannya En. Khamal Idris Ali. Mereka seolah-olah terikat dengan PPP sedangkan PPP adalah satu entiti yang lain yang tidak ada kena mengena dengan Jawatankuasa Pengadil.
4. Apabila saya membuat teguran tentang tindakan jawatankuasa ini dalam surat rasmi saya kepada SU Kehormat, Dato' Aminuddin Omar serta membangkitkan tentang bagaimana peruntukan dan program pengadil berjalan tanpa jawatankuasa bermesyuarat, saya terus disingkirkan dari menjadi AJK dalam jawatankuasa itu. Begitulah senario yang berlaku dalam pengurusan KFA pada waktu itu.
5. Selepas itu berpucuk surat rasmi saya kirimkan kepada SU Kehormat, Presiden, Pegawai Eksekutif serta paling akhir saya utuskan surat kepada CEO yang kebetulan dilantik kemudian oleh presiden tetapi semua surat-surat tersebut tidak mendapat jawapan. Saya menjadi heran dan sangsi tentang nasib surat-surat tersebut dan status permasalahan yang saya kemukakan masih juga tiada penyelesaian.
6. Dan sekarang, akibat pertukaran kerajaan negeri, pengurusan KFA juga bertukar. Secara langsung Menteri Besar dilantik sebagai Presiden selaras dengan perlembagaan Persatuan Bolasepak Kedah manakala yang lain adalah dilantik daripada keputusan pemilihan yang diadakan baru-baru ini. Namun kebanyakan Exco dan Ahli Majlis yang dilantik tidak terplepas dari pengaruh politik tetapi kali ini lebih kepada tokoh-tokoh Pakatan Harapan. Sama sahaja dan ada juga 'muka' yang sama dalam kalangan bukan politik terpilih semula.
7. Bagi jawatan-jawatan tertentu seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai Pembangunan Pengadil dan seorang dua yang lain, masih juga orang lama yang tugas mereka sangat misteri. Kita tidak dapat melihat apa sebenarnya mereka buat. PPP sepatutnya bertugas untuk membangunkan bidang pengadilan supaya lebih ramai pengadil yang berwibawa tetapi tidak dilaksanakan. Tahap dan mutu pengadilan tetap begitu juga. Yang saya dengar beliau sibuk hadir ketika taklimat perlawanan dan sibuk menggantung jeri di dalam bilik mesyuarat perlawanan. Entah apa ilmu yang digunakannya, semua orang akur dan tidak memperbetulkan perkara ini.
8. CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif pula entah datang dari mana tiada siapa tahu. Namanya pun tiada siapa pernah dengar dalam bolasepak, tiba-tiba dijadikan CEO persatuan bolasepak. Akibat dari kelalaian dan sifat tidak tahunya, KFA terlepas dalam pertandingan liga peringkat Asia yang mana tempat Kedah digantikan dengan Pahang tapi Pahang menolaknya. Surat yang saya hantar kepada beliau entah di mana dibuangkannya.
9. Apalah nasib yang menimpa KFA. Tapi kali ini kita lihat apa pula yang akan terjadi dengan pengurusan baru dan setiap pengerusi jawatankuasa tentulah berusaha memilih AJK yang diharapkan dapat menggerakkan jawatankuasa yang dipegangnya. Sama-samalah kita lihat nanti.
Sehingga kita jumpa lagi, ADIOS!
No comments:
Post a Comment