Wednesday, August 15, 2018
JANGAN SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA
1. Sekarang sudah muktamad, KFA telah melantik Jawatankuasa Pengadilnya yang baru bagi sessi 2018 - 2022. Ini bersesuaian dengan keputusan pemilihan Ahli-ahli Majhlis dan Exco yang diadakan baru-baru ini selepas pengurusan dahulu tamat termpohnya. Ditambah pula dengan pertukaran kerajaan negeri dengan Menteri Besar baru yang mana secara automatik MB akan mengambil alih jawatan prtesiden KFA bersesuaian dengan perlembagaannya.
2. Jika dilihat senarai JK yang dilantik itu, bukan sahaja pengerusi dan timbalannya muka baru, malah keseluruhan Ahli Jawatan Kuasa adalah semuanya muka baru kecuali seorang sahaja orang sessi lepas dikekalkan ditambah seorang lagi iaitu PPP. Kebanyakannya adalah yang kali pertama dipilih dari kalangan bekas-bekas pengadil kebangsaan yang baru dan lama. Dan dua ahli lagi adalah AJK lama yang telah digugurkan di pertengahan sessi lepas.
3. Saya tidak mahu memberi sebarang komen terhadap senarai tersebut tetapi ingin mengingatkan agar Jawatankuasa ini tidak seperti kera mendapat bunga. Kera tidak dapat menilai keindahan bunga dan tidak tahu berbuat apa=apa dengan bunga yang akhirnya rosak begitu sahaja. Tiada satu hasilpun dapat dimanfaatkan. Semoga AJK kali ini tidak seperti yang telah lepas yang hanya menjadi kera merosakkan bunga.
4. Saya berani berkata demikian kerana itulah yang berlaku dalam Jawatankuasa Pengadil yang lalu. Sudahlah pengerusinya tidak pernah hadir mesyuarat, Timbalannya pula tidak berbuat apa-apa. Yang teruknya segala hal-hal penting diserahkan bulat-bulat kepada PPP. Umpama kera mendapat bunga, PPP bertindak sesuka hati melaksanakan berbagai perkara termasuk yang tidak ada kena mengena dengan ahli-ahli pengadil bolasepak sendiri. Akhirnya para pengadil berpecah dan berpuak-puak. Organisasi pengadil di Kedah hilang hala tuju dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya sangat buruk.
5. Jumlah pengadil tidak bertambah dan rungutan-rungutan tentang perlantikan untuk sesuatu pertandingan sering didengar. Semua ini menggambarkan jawatankuasa tersebut tidak berfungsi dalam keadaan sebenar. Yang peliknya bagaimana program digerakkan dan bagaimana pula peruntukan kewangan keluar dari pihak pengurusan apabila mesyuarat tidak diadakan dan pengerusinya tidak hadir. Semua ini menjadi persoalan sehingga dapat dianggap Jawatankuasa Pengadil KFA adalah milik mutlak PPP sedangkan PPP adalah satu entiti kecil di bawah Jawatankuasa Pengadil KFA.
6. Hal ini terbukti bila ditanya tentang senarai atau bilangan pengadil yang berdafrar dengan KFA dan juga jumlah pengadil mengikut kelas, tiada jawapan yang dapat diberikan. Malah tiada langsung fail atau secebis kertas yang dapat dikemukakan bagi menjawab persoalan tersebut. Wakil dari pihak pengurusan tidak dapat memberi apa-apa jawapan yang boleh disandarkan. Tegasnya tiada langsung rekod mengenai hal itu.
7. Ini semua akibat terlalu bergantung kepada PPP yang ternyata tidak berupaya menjalankan tugas dengan sempurna dan hakiki. PPP sibuk dengan urusan-urusan lain ditambah pula dengan AJK yang dilihat seperti dicucuk hidung sahaja. Akibatnya Jawatankuasa Pengadil KFA tidak berfungsi langsung. Dan tiada pula apa-apa tindakan dari pihak pengurusan. Kebetulan pula Presiden dan Setiausaha Kehormat adalah kenalan rapat PPP.
8. CEO yang dilantik pula adalah seorang yang tidak mengambil berat soal ini seolah-olah tidak sensitif langsung dengan apa yang berlaku dan tidak mengambil sebarang inisiatif membendung kemelut yang melanda JK Pengadil.
9. Jadi perlantikan AJK baru ini diharap dapatlah mengembalikan status Jawatanakuasa Pengadil yang tyelah hilang bisa buat beberapa lama akibat terlalu pewrcaya kepada PPP. Setidak-tidaknya jawatankuasa baru ini dapat mengembalikansengat pengadil dari KFA di arena kebangsaan dan antarabangsa mungkin. Di harap jawatankuasa baru ini dapatlah menjalankan tugas dengan jayanya.
Pembangunan pengadil yang diabaikan selama ini dapatlah dihidupkan kembali.
10. Janganlah seperti kera mendapat bunga lagi.
ADIOS!
No comments:
Post a Comment