Monday, June 25, 2018

NOSTALGIA DI KFA


Melihat logo KFA, terasa rindu pula dengan kenangan-kenangan ketika bersama mereka bergelumang di arena bolasepak Kedah dan juga negara. Dahulu puas bermandi keringat menjayakan setiap perlawanan Liga Kedah dan Liga Malaysia khasnya Liga Semi-pro pada waktu itu. Bukan main meriah kami berkongsi detik gembira dan sedih bersama-sama. Biar dalam padang mahupun di luar padang.

Sayangnya kebanyakan teman-teman seangkatan telah meninggal dunia dan juga ada yang tidak berdaya lagi kerana faktor usia. Hanya beberapa orang sahaja yang tinggal, itupun sudah tidak aktif lagi malah lebih banyak berdiam diri. Teman-teman seangkatan hanyalah tinggal saudara Ismail Bakar yang pada waktu ini sudah tidak berdaya dan menjadi seorang pelupa. Saudara Devudu masih di Kulim dan kabarnya tidak bercakap lagi tentang bolasepak. Begitu juga saudara Mohsin Mansor di Alor Setar, lebih banyak menghabiskan masa di rumah dengan anak cucu. Saudara Md Isa entah ke mana membawa diri, kabarnya di KL.

Yang masih berhubung hanyalah saudara Mohd Dahari dari Pokok Sena. Itupun kebetulan kerana masih bermisi tentang Jawatankuasa Pengadil Bolasepak di KFA. Biarpun hanya dua tahun berada di dalam Jawatankuasa Pengadil bersama-sama sebelum kami berdua dipecat tanpa sebab yang logik dan munasabah.

Bermula 22 Januari 2017 hinggalah sekarang kami masih tertanya-tanya alasan kami tiba-tiba dipecat dari senarai jawatankuasa tersebut kerana dua bulan sebelum itu kami ada bertanya pihak pengurusan KFA khasnya Setiausaha Kehormat tentang kedudukan jawatankuasa tersebut sama ada masih berfungsi atau tidak kerana tidak bermesyuarat selama setahun dan jika tiada mesyuaratr jawatankuasa, siapa yang merancang dan memohon peruntukan dari persatuan untuk segala aktiviti yang dijalankan. Hanya selepas dua bulan bertanya perkara itu, tiba-tiba kami menerima surat mengandungi senarai nama AJK terbaru tanpa nama kami berdua.

Bermula dari tarikh tersebut (22 Januari 2017) hinggalah sekarang kami tidak diberitahu atau dimaklumkan sebab musabab kami berdua dipecat. Selepas tarikh itu berpucuk surat kami hantar ke KFA sehingga ke alamat Presidenb sendiri, tetapi masih juga tiada jawapan sehingga hari ini. Sekarang semuanya telah bertukar, dari Presiden hinggalah kepada Setiausaha Kehormat, perkara ini tetap berrkubur begitu sahaja.

Biar siapa pun yang menguruskannya kali ini, biarlah orang itu yang berwibawa bukan yang takut dan hanya pandai bercakap. Jika dahulu pengerusi JK Pengadil tidak pernah hadir mesyuarat, Timbalannya pula mestilah orang yang berani bertindak dan tidak hanya mengikut telunjuk orang lain sahaja. Jangan biarkan seperti yang lepas di mana PPP lebih berkuasa dasripada jawatanakuasa padahal PPP dan jawatankuasa adalah dua entiti yang berlainan.

Setiap orang yang duduk di situ mestilah tahu tugas dan peranan masing-masing dan jangan biar hidung dicucuk umpama lembu di padang.

Adios!

No comments:

Post a Comment