Harimau Malaya tewas lagi. Walaupun perlawanan tergantung
hakikatnya memang Malaysia tewas. Itu tidak kirta lagi hukuman dari FIFA
sesudah kita ‘tebal muka’ di mata dunia. Rusuhan di minit 88 itu meragut
semuanya biarpun dikatakan ketika itu Harimau Malaya giat melancarkan serangan
untuk mencari gol penyamaan. Cuma kali ini pasukan dan juga FAM ada alasan
terhadap kekalahan itu.
Dan selepas kekalahan memalukan itu muncul pula ramai pakar
bolasepak yang selama ini senyap sahaja. Sebaik sahaja insiden buruk itu
pakar-pakar ini begitu sibuk memberi pandapat dan kritikan-kritikan yang
membina dan juga yang membelasah secara buta tuli.
Ada juga cadangan supaya FAM dibersihkan dengan
menyingkirkan semua pegawai yang ada dan biar badan induk bolasepak itu
dikendalikan oleh orang lain yang betul-betul faham apa itu bolasepak. Selama
ini rupanya terdapat dalam kalangan pegawai FAM yang tidak faham bolasepak.
Bernas juga cadangan itu.
Tetapi hakikatnya kemerosotan prestasi Harimau Malaya
tidaklah seratus peratus kesalahan FAM. Tidak semua kesalahan harus diletak di
bahu para pegawai itu. Para pemain juga seharusnya berasa bertangungjawab.
Merekalah sebenarnya yang mencorak permainan di padang. Hendak salahkan
jurulatih?
Jurulatih duduk di luar padang, apa ayang boleh dia buat?
Setakat mundar-mandir di tepi garisan dan terjerit-jerit memberi arahan, apakah
boleh merubah corak permainan? Jurulatih tidak salah malah tidak tergamak pula
hendak menyatakan bahawa sebenarnya bolasepak di Malaysia ini tidak perlu ada
jurulatih. Buang duit sahaja.
Ada cadangan untuk menggaji jurulatih dari luar negara,
khasnya dari Eropah. Lihat kembali sejarah, sudah berapa banyak jurulatih luar
yang FAM gunakan? Bukanya seorang dua tetapi semuanya gagal malah ada yang lari
begitu sahaja. Masa mula-mula datang bukan main bersemangat hendak adakan
program itu ini, akhirnya senyap dan sedar-sedar sudah ditamatkan kontrak.
Sejarah juga membuktikan bahawa jika pemain tidak serasi
ataupun tidak gemar dengan seseorang jurulatih, berbagai cara mereka lakukan
supaya Nampak pasukan merosot. Pemain menunjukkan protes secara senyap. Mereka
lakukan kesilapan-kesilapan yang tidak ketara sehingga jurulatih itu berundur
atau ditamatkan kontrak. Tanyalah kepada beberapa jurulatih Liga Malaysia
samada benar atau tidak.
Satu ketika dahulu saya berkesempatan berbal kosong dengan
beberapa pemain kebangsaan ketika waktu rehat sessi latihan. Mereka mengaku
bahawa permainan mereka bergantung kepada berapa jumlah elaun permainan yang
dijanjikan kepada mereka. Waktu itu masih lagi status amatur, jadi tidak ada
gaji, hanya elaun permaian. Ada ayang mengaku bahawa jika diberi RM300 mereka
akan bermain cara 300. Kalau diberi 500, mereka akan bermain secara 500. Dan
pemain-pemain berkenaan sudahpun bersara lama dahulu.
Namun demikian, penyakit ini mungkin masih ada dalam
kalangan pemain, kita bukannya tahu. Apa yang berlaku dalam padang adalah di
luar kehendak jurulatih. Pemain sendiri haruslah bertanggungjawab.
Dahulu ketika negara rancak dengan Pestabola Merdeka,
pasukan negara kita sering mara ke separuh akhir malah ke final bertemu dengan
pasukan-pasukan gergasi Asia yang lain seperti Korea Selatan, Jepun, Iraq dan
beberapa negara lagi. Sekarang mereka sudah jauh meninggalkankita. Mereka
semakin naik dan kita semakin turun.
Bukan kerana jurulatih. Para pemain mereka sendiri yang mahu
maju dan tidak pentingkan diri dan wang.
Kini kerana kesetiaan dan usaha mereka, wang datang mengejar mereka.
Pemain kita? Pemain kita jelas dikatakan lebih gemar mengejar ‘glamour’.
Sentiasa mencari nama dan buat diri jadi masyhur. Kita sendiri turut terlibat
dalam mengejar glamour ini. Nama-nama pasukan dari berunsur tempatan diubah
agar lebih glamour. Kelantan menjadi The Red Warrior, ATM dusebut sebagai
Gladiator, JDT terus menjadi Southern Tiger. Ada pula pasukan menggelarkan diri
sebagai Titan dan lain-lain lagi.
Nama sahaja gah bukan main tetapi tahap permaian mengalahkan
pelajar sekolah menengah dalam pertandingan MSSM sahaja.
No comments:
Post a Comment