Pada masa ini pencuri ada di
mana-mana , baik di kampong atau di kota. Pantang ada ruang dan tidak kira masa
dan di mana, kecurian tetap berlaku. Bukan sajaja kerana kecuaian mangsa tetapi
kadang-kadang kecurian berlaku kerana nasib malang mangsa. Kadang-kadang
kecurian boleh menyebabkan mangsa mengalami cedera atau pernah juga hilang
nyawa. Semua ini nak disalahkan siapa?
Berbagai cara sudah dibuat,
berbagai langkah juga sudah diambil, namun petaka itu tetap juga berlaku dan
menghantui masyarakat. Di kampung cara di kampung dan di kota cara di kota.
Pendek kata langsung tidak boleh alpa.
Di tempat saya sendiri juga
kecurian sering berlaku. Hinggakan pisang di pokok tidak sempat betul-betul tua
dan masak. Ayam di reban juga pernah jadi mangsa. Motosikal dan basikal usah
cerita, setiap hari ada laporan kepada Tok Ketua.
Yang peliknya akhir-akhir ini si
pencuri yang sering di bela sedangkan mangsa langsung tidak dapat berbicara.
Sudahlah hilang harta benda, mereka tidak dibela. Kadang-kadang mangsa yang
barangnya dicuri ditahan dan dibicarakan pula. Ada juga mangsa yang dihadapka
ke mahkamah dan tidak kurang pula yang dinista dan didenda.
Kita lihat contoh yang terbaru,
kejadian yang menimpa pencuri lembu. Bila mereka ditahan tuanpunya lembu dan
penduduk kampung, akhirnya orang yang menangkap mereka yang didakwa. Sedangkan
yang mencuri siap cari peguam pula mendakwa pemilik lembu dengan alasan terlalu
kejam. Sudah tentulah mereka bertindak begitu akibat dari perasaan geram.
Siapqa yang tidak geram kalau lembu asyik hilang?
Penduduk kampung tentu sudah lama
memerhati dan gelagat pencuri. Takkanlah saja suka-suka tangkap orang dan pukul
puas-puas, kemudian beri makan tahi lembu pula. Yang menjadi perbualan sekarang
bukan lagi kes curi lembu tetapi kes beri makan tahi lembu. Akhirnya pencuri
lembu terlepas dari hukuman sebab tidak ada lembu pada waktu itu dan pemilik
lembu dan rakan-rakannya pula didakwa dan dihukum kerana tahi lembu mereka
sendiri.
Bukankah itu sesuatu yang
melucukan?
Teringat saya beberapa tahun lalu
bila beberapa orang pekerja dari Bangladesh dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan
membunuh seorang pemuda yang masuk ke kediaman mereka melalui siling dengan
tujuan mencuri. Mereka didapati bersalah dan dihukum mati.
Kejadian yang berlaku terhadap
‘pencuri lembu’ ini sangat unik. Tiada lembu yang ditemui dan belum pernah ada
aduan tentang kehilangan lembu. Maklumlah, lembu bukannya boleh dimasukkan ke
dalam poket dan ia benda hidup.
Sekarang kes curi lembu ditutup,
sebaliknya kes memukul pencuri lembu pula diketengahkan. Yang paling sensasi
ialah kes pencuri lembu disumbat dengan najis lembu. Hebatnya bumi ini. Pencuri
tak salah, tuan lembu pula yang jadi lembu.
No comments:
Post a Comment