Jika kita hadir di mana-mana masjid menunaikan solat Jumaat,
sudah semestinya bacaan khutbah tidak lepas dari pendengaran kita. Malah
khutbah Jumaat boleh dianggap sebagai medan menyampaikan maklumat dan nasihat
kepada hadirin dan sesiapa saja yang mendengarnya. Dan ketika hadirin yang
dating memenuhi ruang masjid pastinya ingin mendengar sesuatu yang bernilai
dalam suasana yang tenang dan damai.
Tetapi jika bacaan khutbah begitu kuat dan lantang sehingga
membingitkan telinga sudah pasti tidak dapat mententeramkan hadirin. Khutbah
yang disampaikan secara terjerit-jerit sudah pasti memberikan suasana tidak
selesa pada para hadirin. Orang datang ke masjid untuk mendengar nasihat,
maklumat dan ilmu, bukannya mahu mendengar ceramah politik yang tidak kena
tempatnya.
Itulah yang berlaku di masjid Taman Semilang, Seberang Jaya
Jumaat lalu (10.04.15). khatib terjerit-jerit menyampaikan ulasan peribadinya
tentang GST. Menurutnya kerajaan yang
dipilih sebahagian rakyat telah berlaku zalim kerana melaksanakan GST ketika
rakyat menderita kesusahan. Malah sepanjang khutbahnya, tidak ada ilmu untuk
para hadirin selain fitnah dan persepsi. Khatib asyik mengutuk kerajaan dan
pemimpin negara berlaku zalim dengan pembelian jet, BRIM yang terlebih bayar,
kejatuhan nilai ringgit dan juga tentang kos dandanan rambut isteri seorang
pemimpin.
Beliau langsung tidak peka tentang hadirin yang hadir ke
masjid Taman Semilang, Seberang Jaya itu bukan semuanya ahli PAS atau PKR yang
mahu mendengar fitnah dan persepsi. Malah bukan juga semuanya rakyat Malaysia
untuk disumbat telinga mereka dengan
suasana politik tanahair. Dan khutbah itu pula lebih dari 30 minit lamanya
tanpa memikirkan para jemaah yang akan balik bertugas di tempat kerja masing-masing.
Itulah najisnya politik. Tidak kira di mana, asyik mengotorkan pemikiran manusia.
No comments:
Post a Comment