Ros Jepun atau nama botaninya 'Portulaca Grandiflora' berbatang dan daun lembut. Ia digemari ramai kerana mudah menanam dan menjaganya, tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. Pokok ini yang dipanggil juga sebagi bunga kembang petang atau bunga pukul sepuluh kerana pada jam 10 pagi barulah ia kembang.
Ia boleh didapati dalam berbagai warna termasuk, merah jambu, merah terang, kuning, putih, ungu dan juga jingga.
Ros Jepun tumbuh menjalar dan akarnya akan tumbuh di tempat-tempat batangnya menyentuh tanah. Oleh kerana itu, percambahannya amat mudah secara keratan batang dan juga dengan cara memotong di mana akarnya tumbuh.
Bunganya akan berkembang dengan banyak jika terdedah kepada cahaya amatahari. Biasanya pada waktu petang, bunga ini akan kuncup dan berkembang semula pukul 10 pagi esoknya.
Ros Jepun boleh digunakan untuk merawat luka-luka ringan dengan cara menghancurkan daunnya dan ditampal pada bahagian luka.
Namun begitu, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.
Saya ada menanamnya tahun lepas dan nampak begitu menarik. Di tempat saya musim sejuk sekarang menyebabkan bunga ini telah mati. Tetapi akan saya tanam semula musim bunga nanti. Tidak remeh bunga ini sebab tidak memerlukan banyak air.
ReplyDeleteIa perlukan banyak cahaya matahari untuk subur dan berbunga.
ReplyDeleteJangan putus asa.
pokok yg senang ditanam dan senang dijaga, bunga pun cantik. batang2 yg dah mati kena buang spy nampak sentiasa rapi, tanah pun kena rajin digemburkan utk kesuburan pokok dan bunga kembang dgn besar.
ReplyDeleteTerimakasih aziramsa,
ReplyDeleteSatu informasi yang amat berguna untuk penggemar tumbuhan hiasan.