Selama 46 hari berada di Tanah Suci, saya langsung terputus hubungan dengan suasana negara kita. Langsung tidak ada satupun cerita sama ada mengenai politik, kenaikan harga barang dan penurunan harga minyak. Sekali sekala menonton CNN dan Al-Jazeera di tempat penginapan, hanya memaparkan kekejaman berita-berita luar negara terutama mengenai kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.
Keadaan sungguh berbeza. Penduduk kota Mekah dan Madinah jarang keluar pada waktu siang sama ada kerana memberi peluang kepada ‘orang luar’ menguasai bandar atau kerana waktu siang terlalu singkat untuk ke sana ke mari. Mereka hanya keluar pada waktu malam memenuhi taman-taman rekreasi bersama keluarga mereka.
Bila saya pulang saya terkejut mendapati harga minyak telah turun begitu rendah sekali, malah lebih rendah dari ketika sebelum PRU12 dahulu. Kalau harga ini di pasaran ketika itu, saya pasti BN tidak hilang mandat di 4 negeri yang lain selain Kelantan. Begitulah perubahan dunia dalam masa hanya 46 hari.
Dan suasana politik tetap juga tidak berubah. Anwar masih lagi dengan angan-angan hendak menjadi Perdana Menteri. Pak Lah masih lagi berkuasa walaupun negara mahu diserahkan kepada Najib pada bulan Mac nanti. Kebetulan pula Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu akan berlangsung, merancakkan lagi kata-mengata dan umpat-mengumpat sesama bangsa.
Semasa menjelajah beberapa Laman Blog, rupanya di sini telah diadakan beberapa perhimpunan mengutuk kerajaan Yahudi Israel berikutan penindasan dan pengeboman wilayah Gaza yang mengorbankan 900 nyawa setakat ini. Hingga ada yang telah ditahan pihak berkuasa kerana perhimpunan tanpa permit. Sumbangan dan derma mencurah-curah tidak kira anjuran pertubuhan sukarela atau pihak kerajaan sendiri untuk mangsa Gaza.
Yang mengejutkan saya, selama 46 hari di tanah Arab, langsung tidak ada perhimpunan seperti ini seolah-olah negara Arab Saudi tidak peduli apa yang berlaku. Kita di Malaysia menganjurkan solat hajat di masjid-masjid dan sebagainya, tetapi tidak ada majlis demikian sama ada di Masjidil Haram ataupun di Masjid Nabawi. Apakah Negara Arab Saudi dianggap penyokong Amerika dan Israel?
Kalau polis dan kerajaan negara kita dianggap penyokong Yahudi kerana menahan tokoh-tokoh yang menganjurkan perhimpunan tanpa permit, negara Arab Saudi yang tidak peduli langsung kejadian di Gaza tentu dianggap lebih dari itu. Padahal mereka adalah sebangsa dengan penduduk Gaza.
Kita katakan perhimpunan itu perhimpunan aman. Betul. Tapi bila kebanjiran orang ramai tidak terkawal, lalulintas terganggu dan ketenteraman awam tergugat. Kita tidak boleh difinasikan sesuatu tindakan mengikut cara kita tetapi kita harus berfikir sehingga di luar lingkaran. Kena ambil tahu apa-apa kemungkinan yang bakal terhasil dari sebarang tindakan kita. Jangan salahkan sesiapa jika ada pihak yang terpaksa ditahan pihak berkuasa.
Assalamualaikum! sy nak tya skit ape beza BN & KEADILAN!!
ReplyDeleteSalam perkenalan ..
ReplyDeleteSemoga beroleh haji Mabrur...
Izinkan saya mengutarakan sedikit pandangan.
Persoalannya kenapa ada double standard. Ada perhimpunan yang dianjurkan tanpa permit tak diganggu oleh polis. pemuda UMNO buat demo anti israel tak pe.
Khairi Jamaluddin mengadakan demo membantah Condoleezza Rice satu ketika dulu.. Lihat dalam Youtube.. Khairi merempuh sekatan FRU... Fru yang beselerak lari... Tak ada tangkapan dan pukulan. Kenapa begitu? Adilkah?
UMNO buat demo di Terengganu membantah perlantikan Mat said sebagai MB, siap dengan banner mengutuk sultan Terengganu, ayat dalam banner tu "KAMI NAK IDRIS.. NATANG!!." Kain banner itu tak dirampas, sorang pun tak di tangkap.. keadilan apa macam ni.
Selepas pilihanraya ke 12 baru baru ni, Kedah, kelantan, Pulau pinang dan Perak jatuk ke tangan Pakatan Rakyat. Kita dapat menyaksikan banyak perhimpuan haram yg didalagi UMNO di negeri-negeri ini. Pun kita tak dengan ada tangkapan. Saya makin tak faham erti keadilan di malaysia.
Assalamualaikum Cikgu,
ReplyDeleteSelamat kembali...cikgu nampak tak berubah..sama seperti 15 tahun yang lalu...saya masih teringat kawan-kawan disana yang banyak membantu saya dlm program sukan...spt Cikgu sendiri, Penghulu Ya, Cikgu Ashaari, Cikgu Rodzi,Cikgu Shukor dll..teruskan menulis cikgu...Yan dlm ingatan saya...