1. Siapa menyangka, dalam terang dan panas mentari,
tiba-tiba awan hitam gelap menyelubungi hari. Lalu dengan derasnya hujan turun
membasahi bumi dan hati. Dan akhirnya kami disisihkan dari perkongsian ilmu
meningkatkan martabat kepengadilan bolasepak di negeri Jelapang Padi ini.
Sudahlah tiada seorang pun yang berpotensi untuk diketengahkan, tiba-tiba kami
yang merangka beberapa siri menyebarkan ilmu dan minat di beberapa daerah
disingkirkan begitu sahaja tanpa diketahui sebab dan puncanya.
2. Begitulah lebih kurang situasi yang melanda kami,
beberapa orang AJK Pengadil Bolasepak KFA. Tanpa sebab yang jelas kecuali
beberapa kabar angin bahawa puncanya kerana kami sering mempertikaikan Peranan
Pegawai Pembangunan Pengadil yang KFA lantik untuk merangka program pembangunan
dan peningkatan para pengadil yang berdaftar dengan FAM dan KFA. Mungkin kerana
itulah kami akhirnya disingkirkan begitu sahaja walaupun dari segi peraturan
mereka tidak bolehg berbuat demikian kerana tempoh perlantikan adalah sehingga
2018.
3. Rupanya PPP atau Pegawai Pembangunan Pengadil KFA adalah
manusia terhebat abad ini. Tiada siapa boleh mewnggugat beliau dan
mempertikaikan apa sahaja yang dilakukannya. Mempersoalkan tugas beliau
seolah-olah kita mencari penyakit. Dan tunggulah sampai waktunya kita dibuang
dari tugas yang diamanahkan itu.
4. Pada 17 Januari 2017 saya telah menghantar sepucuk surat
rasmi kepada YB Dato Aminuddin Omar, Setiausaha Kehormat KFA mempersoalkan
kedudukan Jawatankuasa Pengadil KFA yang langsung tidak bermesyuarat sepanjang
tahun 2016. Jika setahun jawatankuasa tidak bermesyuarat, bagaimanakah program
dijalankan dan yang penting juga bagaimanakah peruntukan dipohon dan
dikeluarkan. Itu adalah antara soalan saya kepada Setiausaha Kehormat KFA dalam
surat tersebut.
5. Malangnya surat tersebut yang salinannya saya hantar juga
kepada Presiden KFA, Jabatan Pengadil FAM serta Pengerusi Jawatankuasa Pengadil
KFA, Datuk Othman Aziz langsung tidak berjawab. Akhirnya pada hujung Februari
2017 saya mendapat surat ucapan terima kasih dan penghargaan kerana telah memberi
sumbangan sebagai Ahli jawatankuasa Pengadil KFA dan tugas tersebut ditamatkan
mulai tarikh 22 Fwbruari 2017. Saya faham bahawa dengak kata lain saya
digugurkan dari menganngotai jawatankuasa tersebut.
6. Persoalannya, surat saya bertarikh 17 Januari 2017 tidak
berjawab tetapi Setiausaha Kehormat boleh pula mengeluarkan surat penamatan
tugas itu selepas itu. Jadi saya sebagai insan biasa ingin juga mengetahui
sebab-sebab pengguguran saya itu. Lalu selepas itu saya tulis sepucuk surat
lagi kepada YB Dato Aminuddin bagi mendapat penjelasan tentang sebab-sebab
pengguguran saya dari jawatanakuasa tersebut. Seperti biasa salainan-salinan
saya buat juga untuk Presiden KFA, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, jabatan
Pengadil FAM. Malangnya tiada suatu pun jawapan yang saya terima.
7. Lalu saya membuat kesimpulan bahawa PPP KFA ini manusia
terhebat abad ini kerana siapapun tidak berupaya mempertikaikan apa sahaja yang
dibuatnya. Beliau sangat kebal dan berpengaruh sehingga tiada orang yang boleh
mengatasi beliau. Akhirnya barulah diketahui bahawa Presiden dan SU Kehormat adalah teman baik beliau sejak dahulu lagi dan beliau pernah menyatakan bahawa buat masa ini siapapun tidak boleh berbuat apa-apa kepadanya.
Itulah manusia terhebat abad ini. Tetapi buku akan tetap bertemu ruas. akan riba masanya nanti. Waktu itu tahulah nanti langit tinggi rendah.