Baru beberapa hari lepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan membina sebuah MRSM untuk anak-anak
polis. Di mana akan dibina belum pasti tetapi tentunya di negeri Perak. Dalam
pengumuman tersebutTPM telah menyatakan bahawa penubuhan MRSM itu adalah bagi
mengenang jasa dan pengorbanan anggota polis yang sentiasa menjaga keamanan
negara. MRSM untuk anak anggota tentera telah ada dan apalah salahnya kali ini
dibina pula untuk anak-anak anggota polis bagi menghargai tugas berat mereka.
Yang menjadi perseoalan sekarang adakah selama ini anak-anak
angota polis dan anak-anak anggota tentera tidak berpeluang memasuki MRSM untuk
belajar? Adakah pihak MARA menghalang mereka dari meneruskan pengajian di MRSM?
Atau pusat pengajian itu hanyalah diperuntukkan kepada anak-anak selain
daripada dua jabatan tersebut sehingga memerlukan penubuhan MRSM khas untuk
anak-anak polis dan tentera?
Setakat yang rakyat tahu, anak siapapun jika beroleh
pencapaian cemerlang dan lulus dalam semua ujian yang ditetapkan, akan diterima
masuk belajar di mana-mana MRSM tidak kira pelajar itu anak petani,anak
nelayan, anak buruh, anak guru dan anak-anak siapa lagi. Jika pencapaian dalam
pelajaran sangat bagus, pasti dapat menyambung pelajaran di situ.
Jadi apa perlunya MRSM khas untuk golongan ini? Ramaikah
pelajar dalam kalangan anak-anak polis cemerlang sehingga perlu ada sekolah
khas utnuk mereka? Jika penubuhan sekolah trersebut hanya untuk menempatkan
pelajar ‘biasa-biasa’ sahaja, lebih baik pilih yang cemerlang memasuki MRSM
yang sedia ada.
Bagaimana pula dengan anak-anak guru yang mendidik anak
bangsa menjadi manusia berguna selama ini? Tidak cukupkah bakti mereka bagi
mendapat kouta sebuah MRSM? Itulah nasih guru-guru, tiada langsung mana-mana
menteri fokus kepada mereka. Yang kita dengar hanyalah usaha Timbalan Menteri
Pelajaran mengarahkan supaya guru yang tidak cemerlang ditukarkan ke sekolah
lain.
Berapa tahun Kementerian Pelajaran ambil masa untuk
memutuskan anak-anak guru diberi buku dari skim SPBT? Sebelum itu guru-guru
terpaksa membeli sendiri buku teks untuk anak-anak mereka kerana dikatakan
tidak layak mendapat pinjaman biarpun mereka yang menyelia skim SPBT di
sekolah. Itulah hakikat yang perlu ditelan. Jabatan lain senang-senang beroleh
kelonggaran sehingga diumumkan untuk mendapat seklah khas untuk anak-anak
mereka.
Untunglah pasukan polis dan tentera!