Sunday, October 12, 2014
BULAN BAHASA KEBANGSAAN
Esok bermulalah sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dengan rasminya apabila di lancarkan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Setelah sebulan lebih berlalu tanpa apa-apa aktiviti dan tiada langsung publisiti akhirnya akan dirasmikan sambutannya esok untuk tiga bulan iaitu September, Oktober dan November. Entah apalah rasionalnya dibuat sehingga tiga bulan, hanya pihak berkenaan yang dapat menjawabnya.
Sama-samalah kita tunggu dan lihat apakah corak sambutan kali ini. Yang sedang berlansung hari ini sehingga malam ini adalah program Kembara Bahasa yang berakhir di DBP sebentar tadi iaitu aktiviti mengumpulkan penggiat-penggiat dan pencinta bahasa yang datang dari serata tempat dan berkampung di DBP.
Selain itu kita belum tahu apa yang hendak dilakukan bagi memenuhi tempoh sebulan lebih ini. Apapun, penyertaan semua pihak bermula dari para pemimpin hinggalah seluruh rakyat jelata sangat memberi kesan terhadap kecintaan bahasa kebangsaan ini. Tanpa komitmen pemimpin, siapalah kita hendak mengajak orang lain mencintai bahasa Melayu.
Permulaan hari ini kelihatan amat baik. Perdana Menteri DS Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA begitu memuji Presiden MCA yang seluruh ucapannya dalam bahasa Melayu yang amat baik. Dan DS Najib berharap perwakilan dan ahli MCA seluruhnya menurut jejak presiden mereka.
Yang menjadi tandatanya kenapa selepas itu tiba-tiba DS najib terus berucap dalam bahasa Inggeris?
Nampak sangat lain yang disuruh, lain yang dibuat. Kata orang, cakap tak serupa bikin.
Entahlah. Nasib kamulah Bahasa Melayu!
Saturday, October 4, 2014
INILAH POLITIK
Kata orang:
Sekotor-kotor manusia adalah orang politik
Hendak menjadi orang politik mesti pandai berbohong
Politikus bijak adalah yang pandai menabur janji
Memiak kawan untuk naik ke atas, mainan biasa dalam politik
Kalau muka nipis jangan main politik
Politik hanya mainan untuk hari ini, esok lain bicaranya.
Hari ini berjanji, esok berjanji lagi,
perkara biasalah dalam politik.
Hari ini berkata ya, aku sokong,
esok boleh berkata tidak.
hari ini aku berdiri teguh di belakangmu,
esok sokong pula undi tidak percaya.
Hendak berpolitik kena pandai kritik
orang buat apa saja, kritik dulu kemudian baru fikir
heboh sakan jika kita benar-benar di landasan
buat tidak tahu saja jika tersalah terjah.
Politik terjah kena buat orang marah
reka cerita, biar timbul benci membenci
kita pasti dapat peluang cerah
untuk naik lagi setakah
nasib orang lain apa peduli.
Itu kata orang tentang politik.
Kataku pula:
Politik itu umpama najis
biar ia berjauhan dari kita dalam semua majlis
dan jangan dekati politik
jauhi ia selagi dapat.
- Ilham Syakima.

MALANGNYA BAHASA MELAYU
Hari Kemerdekaan ke 57
telahpun kita sambut meriah. Kalau manusia, usia tersebut adalah sedang berehat
dan bermain dengan anak-cucu. Kalau kaki-tangan kerajaan, sedang menunggu
masa untuk bersara pada usia 58 atau 60. Begitulah usia kemerdekaan negara
Malaysia yang tercinta ini. Seusia itu jugalah Bahasa Melayu diisytiharkan
sebagai Bahasa Rasmi Negara sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.
Sebagai Bahasa Rasmi Negara, semestinyalah Bahasa Melayu dimartabatkan dan diletak pada tempat paling atas dalam apa sahaja urusan harian bermula dari pertuturan, surat menyurat, papan-papan tanda, Nama institusi dan sebagainya supaya bahasa itu menjadi amalan harian dan menjadi tatapan siapa sahaja yang datang ke negara ini.
Tetapi rakyat Malaysia terlalu baik. Orang luar tidak faham kalau hanya Bahasa Melayu digunakan dalam amalan harian. Perlu ada bahasa lain lagi bagi memudahkan komunikasi. Lantas terdapat berbagai-bagai bahasa pada papan-papan tanda dan nama-nama bangunan bagi memenuhi keperluan tersebut. Dan sekarang sudah tidak terkawal lagi. Nama bangunan pun tidak menggunakan Bahasa Melayu lagi seolah-olah ia berada di negara luar.
Kita usah bercakap tentang dasar pemerintah kerana menjadi kesalahan pula mengkritik dasar. Tapi kita boleh menyentuh tentang sikap. Sebenarnya memartabatkan Bahasa Melayu ini berkait rapat dengan sikap kita sendiri. Ia perlukan kerjasama dari semua pihak dalam kalangan rakyat terutama yang cintakan Bahasa Melayu. Jangan hanya bercakap lantang tapi tidak memainkan peranan.
Jadi para pemimpin usah berteriak meminta rakyat berusaha memartabatkan Bahasa Melayu jika mereka sendiri malu untuk menggunakan Bahasa Melayu. Ada pemimpin malu bertutur Bahasa Melayu dalam sesuatu majlis atau wawancara sedangkan yang bertanya adalah wartawan Malaysia sendiri. Itu sekadar satu contoh.
Media elektronik juga boleh memainkan peranan dalam soal ini. Kadang-kadang dalam apa-apa program, terutama semasa Berita Perdana atau Buletin Utama, kalau bertemu dengan orang ramai, hanya siarkan percakapan yang menggunakan Bahasa Melayu. Kalau ada individu yang menggunakan selain Bahasa Melayu jangan siarkan.
Badan-badan kerajaan yang lain juga boleh membantu dalam soal ini. Nama-nama institusi dalam jabatann mereka hendaklah dimelayukan. FAMA, RISDA, FELDA dan lain-lain patut dijenamakan semula dalam Bahasa Melayu. Selepas semua ini dilakukan, barulah boleh bercakap tentang mahu memartabatkan Bahasa Melayu.
Nasib kamulah Bahasa Melayu! Merempat di Tanah Melayu sama seperti bangsanya juga.
Sekian.