Hari ini, Rabu 23 Oktober 2013 adalah Hari Penamaan Calon PRK DUN Sungai Limau. Semenjak lepas subuh tadi berpusu-pusu kereta dan motosikal memenuhi jalanraya ke Pekan Yan. Sepanjang jalan kirakira 3 km, berderetan kereta memenuhi sepanjang jalanraya menghubungkan pekan kecil itu. Lalulintas amat sesak dan tempat meletak kereta sudah penuh dari jam 7.30 pagi tadi lagi.
Motosikal juga bersesak di jalan memenuhi setiap ruang kosong sehingga pada waktu-waktu tertentu kedua-dua lorong dipenuhi kenderaan dan mengganggu kenderaan dari arah bertentangan.
Kedua-dua parti sama sahaja, berderum kereta dan motosikal ikut selera masing-masing kerana hari ini merekalah raja. Polis tidak dapat berbuat apa-apa dengan kebanjiran manusia yang tidak terhingga. Masing-masing menyokong calon masing-masing.
Ada juga yang terperangkap dalam kesesakan jalan yang kebiasaannya menjadi laluan darinSungai Petani ke Alor Setar. Ada juga yang memang sengaja hendak melihat kemeriahan tersebut.
Ini baru Hari Penamaan Calon.
Wednesday, October 23, 2013
Monday, October 14, 2013
PERIHAL GELARAN DATUK
Beberapa hari lalu, sebelum Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri Melaka, saya ada bertanya kawan-kawan bila Ong kim Swee akan dapat 'Datuk' seperti Rajagobal peneraju Harimau Malaya. Rupanya selang beberapa hari sahaja, tersiar berita beliau telah menerima darjah bergelar Datuk. Tepat ramalan saya bahawa Ong Kim Swee akan dapat gelaran itu kerana pasukannya memenangi Pestabola Merdeka dengan bergaya.
Itulah Malaysia. Akhir-akhir ini bukan payah nak dapat Datuk. Buatlah sesuatu yang luarbiasa dan jadilah terkenal, dapatlah Datuk. Insyaallah! Terkinja-kinja atas pentas dan terjerit-jerit di TV juga boleh dapat gelaran itu seperti AC Mizal.
Lepas Rajagobal dapat Datuk, apa jadi dengan Harimau Malaya? Piala AFF pun tak menang lagi, lepas itu tewas dengan beberapa pasukan dalam perlawan persahabatan dan ranking semakin menurun. Dan apa pula akan terjadi dengan pasukan Ong Kim Swee lepas ini? Berjaya dia mempertahankan pingat emas Sukan SEA nanti?
Lepas ini siapa pula? Mungkin rezeki Jackie Chan sebab Malaysia amat pemurah. Shahrukh Khan dah pun dapat dulu. Kata orang kalau kita pusing belakang dan lemparkan batu ke belakang, harapan tidak terkena Datuk amat tipis. Begitu ramai Datuk sehingga nilainya serendah itu. Lihat saja baru-baru ini, 5 orang yang ditahan kerana pengubahan wang haram, semuanya bergelar Datuk.
Di negara lain, nak dapat pengiktirafan begini bukan mudah. Lihat di England berapa ramai yang dapat 'SIR'? Dalam sukan bolasepak yang amat terkenal dan sangat gah di negara itu, hanya seorang saja iaitu bekas peneraju Manchester United. Kalaulah pemain-pemain dan jurulatih mereka di Malaysia, tentu semuanya dapat Datuk kerana semuanya bagus belaka.
Itulah Malaysia.

Thursday, October 10, 2013
KASIHANNYA BAHASA MELAYU
Bulan Bahasa Kebangsaan untuk
2013 baru saja dilancarkan di Dewan 2020 Kangar, Perlis oleh Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Seperti setiap tahun, pelancarannya disambut
meriah, tetapi untuk hari itu sahaja. Dan Tan Sri Muhyiddin membaca skrip lama
juga dalam ucapannya tetapi kali ini menyeru dan berharap IPT memainkan peranan
ke arah mendaulatkan Bahasa Kebangsaan atau khususnya Bahasa Melayu.
Sebagaimana setiap tahun juga, ianya habis begitu sahaja seiring dengan
berlalunya hari pelancaran tersebut.
Tidak ada satupun langkah konkrit
seterusnya untuk memenuhi ruang selama sebulan itu sebagai usaha berterusan
untuk memartabatkan bahasa seperti yang diharapkan. Apa programnya? Langsung
tidak ada dan semuanya kembali seperti biasa, meninggalkan Bahasa Melayu dengan
fantasi sebagai bahasa ilmu dan juga sebagai bahasa keenam tersohor di dunia
kononnya dituturkan oleh 250 juta orang. Kasihannya Bahasa Melayu.
Apa boleh buat, Bahasa Melayu
akhirnya terus terpinggir sekadar tempelan di kebanyakan acara di dalam negara
ini dan di khalayak orang Malaysia sendiri. Orang lebih senang dan selesa
menggunakan Bahasa Inggeris. Orang seperti sangat rendah martabatnya jika
menggunakan Bahasa Melayu dalam majlis-majlis rasmi samada majlis anjuran
swasta dan juga anjuran pihak kerajaan sendiri. Para pemimpin sendiri kelihatan
lebih lancar berbahasa Inggeris dari Melayu.
Papantanda premis perniagaan
tetap juga diluluskan walau tiada langsung perkataan Melayu di dalamnya. Yang
ada cuma perkataan ‘….Sendirian Berhad’.
Media elektronik terutama TV
langsung tidak memainkan peranan untuk tujuan memartabatkan bahasa itu.
Tidak adapun satu program yang
berterusan, sekurang-kurangnya dalam masa sebulan ini, sesuai dengan namanya
Bulan Bahasa Kebangsaan. Apa salahnya dalam masa sebulan dalam setahun kita
sama-sama memberi sokongan memenuhkan aspirasi memartabatkan bahasa itu.
Bukan tidak boleh berbahasa
Inggeris tetapi jika yang berucap orang Melaysia dan yang mendengar juga orang
Malaysia, kenapa harus berbahasa Inggeris? Rakyat Malaysia tidak faham jika
bertutur dalam Bahasa Melayu?
Fikir-fikirkanlah untuk sebulan
ini. Bulan yang dinamakan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Sunday, October 6, 2013
APA SUDAH TERJADI DENGAN KFA TIDAK SIAPA TAHU
Apa yang telah terjadi dengan Persatuan Bolasepak Kedah? Sekarang sudah tidak ada lagi walau seorang pengadilnya yang layak mengadili liga FAM. selepas pemergian mendiang Muniswaran baru-baru ini, tiada lagi pengadil FAM dari persatuan ini.
dahulu bukan main gah dengan beberapa pengadil berwibawa bermula dengan Balasundram, Khalid Ariffin (Allahyarham), Hamzah Mohamad (Allahyarham), diikuti dengan beberapa orang yang lain termasuk saudara Dahari Rejab, Ismail Bakar, Devudu, Sivamuni, Anwar, Saoda, Rahim Hj Ali, Harif Hassan dan saudara Ahmad Khalidi segalanya berakhir sesudah kematian Muniswaran.
Sekarang tiada lagi pengadil FAM dari Kedah. Tiada juga pengadil pelapis yang boleh diketengahkan walaupun di KFA ada beberapa pegawai yang berkebolehan menguruskan perkara ini. Ada Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, ada Pegawai Pembangunan Pengadil yang dilantik FAM , ada Ahmad Khalidi yang berbisa sehingga ke peringkat FIFA, tetapi semuanya tidak berjaya mengeluarkan produk terbaik.
Apa yang KFA mahu tunggu dan lihat? Ini persoalannya yang tiada jawapan dalam kalangan kita sebagai pemerhati.
- ilham syakima
061013