Siang tadi, 220613 telah berlangsung perhimpunan yang diistilahkan haram tapi tidak 'diharamkan'. Kerajaan dan pihak polis seerta tuan punya Padang Merbok (DBKL) tidak pun bertindak menghalang atau menyekat sebarang aktiviti di perhimpunan itu.
Sehari dua sebelum ini bukan main lagi amaran dan desakan untuk bertindak dikeluarkan seandainya berlaku juga perhimpunan yang dirancang pembangkang itu yang dikenali sebagai 'Blackout 505'. Kononnya tema 'blackout' itu diambil sempena kejadian blackout semasa pengiraan undi di pusat mengundi yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan di mana ia berlaku.
Nampak sangat pembohong pembangkang ini. Berbagai isu dicanangkan bagi merendahkan kredibiliti SPR, hanya isu dakwat kekal yang tidak kekal dibuat laporan polis. Mana dia kes mengundi duakali dan ribuan 'Bangla' yang dikatakan turut mengundi? Mana pula isu blackout yang digembar-gemburkan?
Semua tipu. Bukan SPR yang menipu tapi PR yang menipu!
Senangkah hendak menipu pilihanraya? Siapa yang pernah bertugas sebagai Ketua Tempat Mengundi, Kerani Mengundi dan juga pegawai SPR yang lain tentu dapat menceritakan bagaimana perjalanan dan proses mengundi sehingga keputusan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi.
Macam mana boleh undi dua kali kalau nama kita telah dipotong di beberapa Senarai Daftar Pemilih? Ada 4 senarai yang nama pengundi telah dipotong sebaik kita selesai mengundi. Tempat menyemak daftar undi, di tangan Kerani Mengundi sesudah nama kita disebut dengan nyaring dan di meja agen-agen calon yang dua atau tiga orang di dalam bilik mengundi itu juga.
Ketika mengira undi di Pusat Mengundi, kehadiran agen calon bersama petugas SPR begitu nyata dan telus. Yang dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi hanyalah Borang yang telah disahkan oleh beberapa pihak termasuk agen calon sendiri.
Jadi siapa yang menipu?
Yang jelas perhimpunan Blackout 505 hanyalah retorik politik orang-orang politik yang gagal berpolitik. Kalau kerajaan hendak menipu dengan kerjasama SPR untuk menang, apalah bodoh sangat menang tipis begitu. Tipulah supaya menang majoriti 2/3. Dan menipulah untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang. Ini sekadar 12 kerusi sahaja di Selangor.
Menipu apa macam itu.