Thursday, January 27, 2011

PERIA PANTAI: SEDAP TETAPI SENGSARA

Tumbuh-tumbuhan adalah sumber makanan kepada manusia. Ini  satu pernyataan yang tidak dapat disangkal sesiapa. Telah terbukti setiap kejadian tumbuhan memberi manfaat kepada semua orang.  Begitulah dengan Peria Pantai ini.

Peria Pantai adalah panggilan tempatan bagi pokok 'Colubrina Asistica' yang biasa hidup subur di kawasan-kawasan beriklim panas. Ia banyak terdapat di Afrika Timur membawa hinggan ke India. sewlain itu banyak juga terdapat di Asia Tenggara dan kawasan-kawasan panas di Australia.


Pokoknya sebenarnya amat tinggi mencecah hingga 20 kaki tetapi oleh kerana rantingnya lembut, ia melentur ke bawah menjadikan pokok peria pantai sangat rendah dan diklaskan sebagai pokok renek kira-kira 6 hingga 10 kaki sahaja.

Peria Pantai senang dikenali dentgan melihat daunnya yang berkilat seolah-olah satu lapisn plastik dipermukaannaya. Ia berbentuk bujur telur. Bunga berwarna putih kehijauan dan bersaiz kecil. Begitu juga dengan buahnya. pokok ini boleh dibiakkan secara semaian biji benih ataupun keratan batang.

Daun peria pantai boleh dimanfaatkan untuk menstabilkan tekanan darah dan juga merawat kencing manis. dengan cara memakannya sebagai ulam atau sayur. Selain itu ia juga bertindak seperti sabun apabila digosok kepada kulit dan badan.

Peria pantai sedap dibuat sayur, terutama sayur manis atau sayur lemak. Lebih melazatkan jika dicampur dengan sedikit udang atau telur. Boleh juga dirampaikan lagi dengan keledek atau rebung. Paling mudah jika direbus sebagai ulam dimakan bersama sambal belacan.


Walau bagaimanapun, berhati-hatilah apabila memakan sayur atau ulam kerana ia mempunyai satu kesan yang kurang enak. Walaupun khasiatnya untuk melawaskan cernaan, ia boleh mendatangkan masalah angin dalam badan. Kadang-kadang jika terlebih makan, peria pantai boleh menyebabkan cirit-birit. Jadi berhati-hatilah!


Tuesday, January 25, 2011

MAWAR KEMBANG DI HALAMAN

Salam buat semua!

Ada yang bertanya knapa lama tidak kelihatan di halaman ini. Dan sekarang aku hiasi Laman ini dengan kembangnya mawar di halaman rumah untuk tatapan. Mungkin kita tidak sedar bahawa mawar atau ros ini boleh dijadikan kordial yang menyegarkan terutama mawar yang berwarna merah.

Rebuskan bunga mawar ini bersama sedikit gula. Apabila telah mendidih, tapiskan dan bolehlah dijadikan kordial atau sirap untuk dibancuh dan diminum. Ia minuman yang menyegarkan!