Saturday, October 30, 2010
MANA SATU WAKIL DARI MALAYSIA?
Siapakah wanita-wanita dalam gambar ini? Mereka adalah para isteri wakil dan peserta Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Hanoi seperti yang disiarka dalam Utusan Malaysia terbitan hari Sabtu 30 Oktober 2010. Melihat pakaian mereka sahaja kita sudah dapat mengenal dan mengagak dari negara mana wanita-wanita tersebut kecuali seorang.
Orang itu adalah DS Panglima Rosmah Mansor, isteri Perdana menteri malaysia @ 'Malaysian First lady' yang langsung tidak peka dan tidak terlintas di hati beliau untuk mempromosi pakaian negara kita ke mata dunia atau sekurang-kurangnya di mata para delegasi sidang tersebut.
Alangkah baiknya jika DS Rosmah mengenakan baju kurung dari kain songket Malaysia. Dari jauh kelihatan anggun dan cantik tentunya. Itulah harapan kita kepada para pemimpin. Ketika dan waktu beginilah yang kita harapkan mereka memperkenalkan pakaian dan budaya negara untuk santapan mata pemimpin dan rakyat dari negara lain.
Foto ini tentunya tersebar ke seluruh dunia khasnya ke negara-negara ASEAN. Dan orang lain tentu tercari-cari dan tertanya-tanya tentang wanita yang berdiri di tengah-tengah berpakaian serba kuning itu datang dari negara mana. Alangkah cantik dan anggunnya jika yang serba kuning itu adalah baju tradisional Melayu dengan tudung persis wanita Melayu.
Kita hanya boleh berharap sedangkan wanita ini tetap tidak membuang egonya dan tidak akan tunduk kepada desakan ramai orang agar berbusana muslimah sekurang-kurangnya mempromosi Malaysia di mata dunia.
Thursday, October 28, 2010
PAPANTANDA: UNTUK PANDUAN ATAU MENGELIRUKAN?
Pernah singgah di Rumah Sakit atau hospital? Tentu sekali pernah lebih-lebih lagi jika menghadapi masalah kesihatan. Dahulu hospital di panggil 'rumah sakit' kerana menjadi tumpuan orang-orang yang kurang sihat dan yang tidak sihat. Dan menjadi tumpuan orang-orang sihat menghantar dan melawat orang sakit. lantas ia dipanggil Rumah sakit.
Papantanda ini diletakkan di lobi utama Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Sekali pandang tiada apa yang pelik atau istimewanya papantanda itu. Ia hanya penunjuk arah dan penunjuk destinasi pengunjung untuk memudahkan mereka membuat pilihan.
Tetapi melihat istilah-istilah yang digunakan di papantanda itu, timbul kemusykilan di hati. Adakah istilah-istilah dan nama klinik yang dituliskan itu dapat difahami orang? Berapa orangkah yang tahu dan mengerti? Berapa orangkah yang dapat membaca dan menyebut nama klinik yang dinyatakan?
Mungkin orang boleh faham dengan istilah KLINIK PSIKIATRI sebab di hujungnya ada dituliskan Perubatan Mental. Tapi berapa orang yang di luar bidang perubatan yang tahu KLINIK OTORINOLARINGOLOGI? Apa bendanya ini? bukan setakat payah memahaminya malah hendak menyebutnya juga adalah satu masalah. Apa pula maksud MAKSILOFASIAL? Adakah ia berkaitan dengan wajah kita?
Mungkin kita pernah mendengar KLINIK OTOPEDIK tetapi apa pula KLINIK DERMATOLOGI? KLINIK RESPIRATORI pula adakah kaitannya dengan pernafasan? OFTAMOLOGI pula merujuk kepada klinik yang macam mana? Kesimpulannya papantanda yang diletakkan itu amat mengelirukan dan sukar difahami.
Inilah akibatnya jika kita terlalu berlembut dan membiarkan istilah-istilah Inggeris digunakan mengganti istilah-istilah Melayu yang semua orang boleh faham. Kita ada perkataan bahasa Melayu yang sesuai dan memberi makna tetapi kita lebih senang membiarkan istilah Inggeris menguasai kita. Habis, bahasa Melayu duduk di mana di negara Melayu ini?
Kita bercakap untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi di masa yang sama para pemimpin kita lebih senang menggunakan bahasa-bahasa yang lain. 'Cakap sudah tidak serupa bikin'.

Sunday, October 24, 2010
PUNCA KEHIDUPAN
Carilah di mana puncanya. Carilah di mana bermulanya. Akar ini seperti hidup kita yang berselirat dengan musibah dan dugaan. Hidup adalah seperti akar yang sentiasa menjalar ke hujung usia. Dan budi adalah akar kepada kehidupan yang bermakna.
Saturday, October 23, 2010
POKOK KACANG TELANG
KACANG TELANG adalah sejenis tumbuhan hiasan jenis menjalar yang dinamakan 'Clitoria Ternatea'. Bunga ini juga dinamakan Bunga Nasi Kerabu kerana sering digunakan untuk mewarnai nasi kerabu. Ada juga orang yang menamakannya sebagai Blue Pea kerana warnanya yang kebiru-biruan itu.
Pokok ini tumbuh subur di medium yang sentiasa lembab dan mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Ia dibiakkan secara keratan batang dan juga biji benih dan sesuai untuk hiasan dalam pasu gantung kerana tumbuhnya menjalar. untuk tumbuh dengan baik, biji benihnya direndam 3 hingga 4 jam sebelum menyemainya dan pemangkasan yang berkala membolehkannya hidup dengan baik dan mendapat ranting yang baru.
Kacang Telang dipercayai boleh menyihatkan dan menghitamkan rambut melalui bunga dan daunnya. Ia sering digunakan unruk membentuk, melebat dan mencantikkan kening bayi dan diamalkan sejak kecil. Daunnya boleh menyuburkan kulit kepala dengan cara membasuh kepala dengan air rendaman daunnya. Selain dari itu batangnya dipercayai boleh mengelakkan dasri keguguran secara melilitkannya di pinggang wanita hamil.
Bunga dan daunnya juga biasa digunakan sebagai bantal untuk melegakan sakit kepala selain direndam dalam air panas dan diminum seperti teh.
Bagaimanapun, berjumpa dan mendapat nasihat doktor adalah langkah terbaik.
Wednesday, October 13, 2010
SEHARIAN DI PERLIS
Seharian di Perlis. Lanskap ini dirakam di sepanjang jalan melalui ladang tebu Chuping. Pokok tebu ditanam saujana mata memandang memberi satu pemandangan yang manarik dan sejuk mata melihatnya.
Sunday, October 3, 2010
SUATU SENJA DI ALOR SETAR
Jika mentari dapat menanti
masa tentu tidak sepantas ini
dan kita sempat baiki diri
menjadi insan hakiki.
masa tentu tidak sepantas ini
dan kita sempat baiki diri
menjadi insan hakiki.