Wednesday, March 2, 2016

JK PENGADIL KFA: CERITA LAMA BERULANG KEMBALI

Kalau tidak silap pada Julai 19 2015 saya pernah ceritakan beberapa perkara tentang JK Pengadil KFA dan penglibatan saya sebagai ahlinya sehinggalah saya mengundurkan diri dan menyepi buat beberapa tahun. Selama hampir 12 tahun saya tidak bercakap tentang bolasepak dan juga tentang pengadilan bolasepak kecuali sekali atau dua, itupun sekadar bersantai di akhbart-akhbar.

Saya jemu dan kecewa dengan kaedah dan perlaksanaan dan juga sistem yang diamalkan di KFA. Bukannya salah persatuan itu tetapi jelak dengan kerenah beberapa individu tertentu yang pastinya berpengaruh dalam persatuan bolasepak negeri. Dan kemasukan kembali diri saya pada 2015 hanyalah memenuhi harapan beberapa orang sahabat yang mengharapkan sedikit sumbangan saya kepada bidang yang amat saya cintai ini iaitu 'pengadilan bolasepak'.

Biarlah apapun pandangan orang, kecintaan terhadap bidang itu tidak dpat saya buang malah sentiasa tertanam di sanubari. Kerana dorongan itulah saya menerima pelawaan beberapa individu yang saya anggap sahabat-sahabat saya yang juga menganggap saya ini sahabat mereka juga. Dan awal-awala lagi saya sudah beritahu bahawa saya tidak akan senang jika saya dikhianati. Maksudnya, jika kita bersahabat, kita akan dihargai. Bukan hanya mengharapkan sumbangan semata-mata tetapi segala manfaat hanya untuk mereka saja.

Rupanya sejarah tetap berulang.

Yang nyata hanyalah orang-orang yang berkepentingan sahaja yang memperolehi manfaat dari perjuangan yang direncana bersama. Ketika mempunyai kuasa, kerana dendam sanggup pula menjahanamkan reputasi orang lain. asal berkuasa sahaja, mula lupa diri dan mementingkan diri sendiri.

Kasihan nasib beberapa individu dan pengadil yang berbakat besar yang terpaksa 'beku' begitu sahaja akibat balasan dendam dan juga kuasa. Dan saya menerima tempiasnya kerana selama ini rupanya bersekongkol dengan mereka yang beremosi demikian. Daan yang paling malang akhirnya saya tersisih buat kali kedua biarpun pengalaman dan ilmu serta reputasi melebihi mereka. mungkin saya bukan kroni orang-orang ini.

Akhirnya barangkali saya terpaksa undur diri sekali lagi.

Adios!

No comments: