Sunday, May 10, 2015

PAKAR BOLASEPAK NEGARA SUDAH MUNCUL


Usah terperanjat melihatnya. Inilah pakar bolasepak negara yang baru. Dengan tiba-tiba orang ini menjadi pandai dalam bidang sukan nombor satu negara. Baru berapa tahun saja melibatkan diri dengan bolasepak, tiba-tiba menjadi pandai dan tahu segala-galanya. Semua orang tidak betul. Semua orang salah dan tidak tahu mengendalikan apa-apa aspek tentang bolasepak. Dia saja yang pandai.

Silap FAM tidak melantik orang ini jadi presiden. Kalau dia yang jadi presiden tentu semuanya berjalan lancar. Dia tahu semua. Bermula dari penubuhan pasukan hinggalah kepada pengadil-pengadil, semua dalam kepalanya. Dia tahu pengadil yang ada sekarang tidak berguna. Dia tahu bila pasukan negara hendak bermain, dan bermain dengan siapa. Hinggakan Menteri Sukan pun dia kritik, apatah lagi orang-orang lainnya, tentulah setakat di hujung lidahnya saja.

Dahulu siapa pernah dengan nama TMJ dalam bolasepak? Tiada siapa tahu. Cuma dalam beberapa tahun ini sejak dilantik menjadi Tengku Mahkota, barulah namanya muncul dalam kancah bolasepak negara. Tiba-tiba sekarang menjadi seorang yang amat pakar dalam serba-serbi. Bermacam perkara dipertikaikannya seolah-olah dia saja yang pandai.

Beliau terlupa atas jawatan sebagai TMJ, suatu hari nanti akan menjadi sultan. Suatu hari nanti beliau akan naik takhta dan memerintah sebuah negeri. Tapi kalau sekarang ini sibuk dengan bolasepak dan sentiasa menyalahkan orang lain, bagaimana rakyatnya nanti? Tak kira benar atau salah, kalau dia sentiasa membela peminat-peminat pasukan JDT ketika semua pihak menyiasat dan belum pasti benar atau salah, suatu ketika nanti sudah tidak relevan lagi dengan status SULTAN yang dipegannya.


Sepatutnya sebagai ‘Raja’, biarlah jadi peminat setia sahaja. Itu sudah memadai. Usahlah sibuk berpersatuan sehingga terheret rakyat jelata ke dalam situasi yang tidak pasti. Biarlah orang kebanyakan memimpin persatuan. Raja hanyalah menjadi peminat dan  penasihat.

No comments: