Tuesday, May 5, 2015

KE MANAKAH HALATUJU PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA?



Beberapa hari kebelakangan ini bolasepak Malaysia diwarnai dengan kegembiraan tidak terhingga dalam kalangan peminat dan pemimpin persatuan itu. Kegembiraan dijelmakan itu bukan kerana Malaysia berjaya meningkat naik ‘ranking’ bolasepak dunia walau selangkahpun. Kegembiraan itu digemburkan kerana kejayaan Presiden FAM dipilih menduduki salah satu dari tiga tempat dalam barisan eksekutif FIFA untuk Negara-negara Asia. Berbagai pujian dihamburkan atas kejayaan tersebut persis tiada kejayaan lain sehebat itu.

Bukan tidak suka dengan kejayaan itu, malah telahpun dijangkakan apabila sebelum ini dilihat usaha melobi untuk menduduki tempat itu dijalankan begitu hebat dan konsisten seolah-olah kejayaan itu nanti amat besar sumbangannya pada mutu permainan bolasepak Malaysia. Alhamdulillah jika begitu jadinya.

Bagi setengah orang kejayaan tersebut tiada maknanya kerana tahap permainan bolasaepak kita masih seperti di bangku sekolah malah mungkin lebih buruk dari itu. Kedudukan negara semakin menjunam turun, malah lebih rendah dari Negara-negara Asean yang lain. Pasukan Harimau Malaya semakin menjadi pasukan belasahan dan mungkin hanya layak menjadi ‘sparring partner’ untuk pasukan lain sahaja.

Negara lain tidak bergelut untuk jawatankuasa eksekutif itu tetapi tahap permainan pasukan mereka lebih tinggi tahapnya tahun demi tahun. Timor Leste yang masih baru dalam Asean pun sudah naik rankingnya mengatasi Malaysia. Tidak adapun pegawai Vietnam berebut mahu ke jawatankuasa itu tetapi bagaimana prestasi pasukan kebangsaan mereka.

Kita jangan terlalu berbangga dengan jawatan yang kita perolehi, tetapi berusahalah untuk peningkatan mutu permainan agar lebih bergaya mengatasi pasukan-pasukan lainnya di arena Asean. Jawatan tidak memberi apa-apa momentum bagi melakar kejayaan dalam permainan.


Jadi ramai juga yang ingin bertanya tentang halatuju FAM. Adakah usahanya untuk meningkatkan permaian atau meningkatkan pencapaian pegawainya kerana setakat ini dilihat terlalu emosional kea rah kejayaan menduduki salah satu dari tiga tempat untuk Negara Asia dalam FIFA. Adakah itu matlamat kita? Barangkali kita lebih kepada ‘menang sorak kampung tergadai’.


No comments: