Monday, May 18, 2015

INILAH MASANYA SEMUA HENDAK MENJADI HERO

Nampaknya sekarang semua teringin hendak menonjolkan diri. Ramai yang hendak menonjolkan diri supaya nampak seperti HERO tetapi yang sebenarnya tidakpun mereka tahu apa yang dicakapkan. Tetapi kerana mereka orang besar, cakap mereka mendapat tempat dalam media. 

Itulah yang berlaku bila Menteri Belia dan Sukan mempersoalkan tentang mutu pengadilan terhadap FAM. Beliau meminta badan bolasepak itu membuat laporang tentang perkara itu. Kemudian ditambah lagi dengan ugutan MB Terengganu yang mengambil keputusan menarik diri dari menyertai Liga-M jika tidak dapat menerima penerangan FAM tentang pembatalan gol pasukan negerinya ketika menentang lions XII dua hari lepas. Beliau meminta FAM mengadakan perlawanan semula untuk mereka.

Soalnya sekarang adakah kedua-dua orang besar ini memahami undang-undang permainan bolasepak? Tahukah mereka dan fahamkah mereka Undang-undang 11 dalam Peraturan Permainan  itu mengenai 'Off-side'?

Menuduh memang mudah. Tetapi salahkah pengadil malam itu membatalkan gol tersebut? Betulkah pemain Terengganu itu off-side? hayatilah undang-undang off-side sepenuhnya. Jika tidak memahami undang-undangnya, usahlah bercakap dan memberi ugutan biarpun mereka itu menteri.

Mutu pengadilan yang dipertikaikan, mutu peminat dan penonton bagaimana pula? Nampaknya inilah masanya semua handak menjadi hero, membela para perusuh yang ganas itu dengan menyalahkan pengadil tanpa menyedari bahawa pengadil adalah orang yang paling hampir dengan tempat sesuatu insiden dan dibantu pula dengan beberapa orang pembantu yang juga hampir dengan permainan.

Jika inilah sikap kita, sampai bilapun bolasepak negara tidak akan meningkat mutunya.

No comments:

Post a Comment