Friday, August 9, 2013

NABI TAK AJAR PUN KITA RAYA DENGAN MERCUN

Setiap kali musim RAYA, pasti ada kes kanak-kanak malah orang dewasa cedera kerana mercun dan bunga api. Kebakaran rumah serta tempat kediaman malah kemalangan jalanraya juga tidak lekang dari tercatat sebagai insiden menyambut raya disebabkan meercun dan bunga api.

Pun begitu, saban tahun kemeriahan bermain mercun dan bunga api tetap mendapat sambutan dan liputan orang ramai, malah media juga tidak ketinggalan memeriahkan lagi suasana membakar mercun dan bunga api. lihat saja Utusan Malaysia semalam; gambar kanak-kanak melompat riang terpapar di muka hadapan akhbar itu seolah-olah itulah sambutan sebenar Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun hanya mercun yang diharamkan penjualannya, bunga api tidak, tetapi langkah mempromosikan kegembiraan bermain bunga api, menggalakkan lagi bahan terlarang itu dijual dan dimainkan. Sepatutnya kesemua bahan api itu diharamkan dan sesiapa yang menjual dan mengedarnya dikenakan hukuman dengan sewajarnya. Jangan ada kompromi lagi.

Tidak ada satupun kebaikan mercun dan bunga api ini. Malah banyak keburukan yang pernah tercatat. Selain dari kemusnahan, amalan membazir wang terbentang luas. Membakar mercun dan bunga api adalah seperti membakar wang begitu sahaja. Jangan galakkan anak-anak membazir wang ringgit. Sepatrutnya gambar kemeriahan itu tidak langsung dipaparkan. 

Malah gambar kanak-kanak dan siapa saja yang cedera akibat bermain mercun ini tidak disiarkan kerana ia menggalakkan populeriti individu berkenaan. Kalau untuk kesedaranpun, hanya selepas cedera barulah mereka insaf tetapi apa gunanya? Orang lain tidak sedar juga. Tahun hadapan ada lagi yang cedera dan gambarnya disiarkan dalam media cetak dan elektronik.

Malam sebelum raya semalam, beberapa orang kanak-kanak dan remaja di tempat saya begitu ghaierah bermain mercun sehingga mengganggu orang dewasa dan kanak-kanak kecil yang nyenyak tidur. Sehingga lewat malam dentuman mercun masih kedengaran dilancarkan berhampiran rumah. Apabila ditegur, alasan RAYA juga diberikan, Entrah siapa yang ajar mereka menyambut raya dengan aktiviti itu semua? Media dan orang dewasa juga.

Malah ada seorang anggota polis hampir kediaman saya pulang bercuti dari Johor Baharu, membawa banyak bekalan mercun dan bunga api. Beliau beritahu semua itu adalah barang yang dirampas dari peniaga mercun sekitar JB. Dibawanya balik untuk anak-anak saudara serta adik-adiknya. 

Itulah mercun dan bunga api. Hasilnya? Kemusnahan dan mengganggu ketenteraman jiran setempat. Sepanajang tahun kita berbuat baik, kerana malam raya setahun sekali kita menyakitkan hati ramai orang. Baguskah amalan itu?

Akhir sekali, cuba lihat petikan di bawah. Nabi tak pernah sebutpun tentang bermain merecun ketika menyambut RAYA: 

Cara Nabi SAW Berhari Raya.

1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.

2. Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil".

3. Mandi sunat hari raya.

4. Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.

5. Memakai pakaian terbaik yang ada berdasarkan kemampuan.

Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

6. Bertegur sapa. Ucap selamat dan mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

7. Sesampainya di masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan solat hari raya.

8. Sementara menuggu dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

9. Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.

11. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

12. Perkataan yang baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh diucapkan. Tapi kalau nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu; تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna wa
minkum,"Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda.”

Itulah antara cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.

No comments: