Friday, October 28, 2011

BEBUAS: IA BUKAN SEKADAR ULAM

Bebuas adalah sejenis pokok yang daunnya dijadikan ulam oleh orang-orang Melayu terutama di kampung-kampung. Ia tumbuh liar di kawasan-kawasan semak dan juga di tepi-tepi jalan. Berbatang keras dan berdaun hijau. Disetengah tempat ia dikenali sebagai pokok buas-buas.




Pokok ini dipanggil Premma cordifola dalam bahasa botaninya.

Daunnya terutama pucuknya dijadikan ulam oleh kebanyakan orang Melayu. Pucuknya yang rangup dan sedikit pahit boleh menambah selera makan. Ia dimakan menatah atau boleh juga direbus terlebih dahulu.

Antara khasiatnya adalah ia boleh membuang angin dalam badan dengan cepat. Manakala rebusan pucuknya apabila dimakan, boleh mengtasi masalah caing dalam badan. Bagi wanita pula, bebuas boleh membantu menambah kandungan susu ibu.

2 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum,

Saya seakan kenal pokok ni. Ianya selalu tumbuh ditepi pakar rumah saya. Dan seperti biasa saya akan mencabutnya. Tak nak dia besar, tapi pokok ni memang senang tumbuh, dicabut satu tumbuh lagi satu.

MADiSYAK said...

Ambil pucuknya untuk dijadikan ulam. Lazat dan rangup. Yang penting ia berkhasiat.