Saturday, October 30, 2010

MANA SATU WAKIL DARI MALAYSIA?


Siapakah wanita-wanita dalam gambar ini? Mereka adalah para isteri wakil dan peserta Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Hanoi seperti yang disiarka dalam Utusan Malaysia terbitan hari Sabtu 30 Oktober 2010.  Melihat pakaian mereka sahaja kita sudah dapat mengenal dan mengagak dari negara mana wanita-wanita tersebut kecuali seorang.

Orang itu adalah DS Panglima Rosmah Mansor, isteri Perdana menteri malaysia @ 'Malaysian First lady' yang langsung tidak peka dan tidak terlintas di hati beliau untuk mempromosi pakaian negara kita ke mata dunia atau sekurang-kurangnya di mata para delegasi sidang tersebut.

Alangkah baiknya jika DS Rosmah mengenakan baju kurung dari kain songket Malaysia. Dari jauh kelihatan anggun dan cantik tentunya. Itulah harapan kita kepada para pemimpin. Ketika dan waktu beginilah yang kita harapkan mereka memperkenalkan pakaian dan  budaya negara untuk santapan mata pemimpin dan rakyat dari negara lain.

Foto ini tentunya tersebar ke seluruh dunia khasnya ke negara-negara ASEAN. Dan orang lain tentu tercari-cari dan tertanya-tanya tentang wanita yang berdiri di tengah-tengah berpakaian serba kuning itu datang dari negara mana. Alangkah cantik dan anggunnya jika yang serba kuning itu adalah baju tradisional Melayu dengan tudung persis wanita Melayu.

Kita hanya boleh berharap sedangkan wanita ini tetap tidak membuang egonya dan tidak akan tunduk kepada desakan ramai orang agar berbusana muslimah sekurang-kurangnya mempromosi Malaysia di mata dunia.

No comments: