Sunday, September 26, 2010

KEMUNTING CINA: BAIK UNTUK LEUKEMIA

Kemunting Cina yang nama botaninya ‘Catharantus Roseus’ mempunyai banyak nama panggilan. Bermacam-macam nama yang digunakan bagi memperkenalkan pokok herba yang mempunyai banyak khasiat ini. Oleh kerana sepsis ini berasal dari Madagascar, ia dipanggil Madagascar Periwinkle secara umum.















Selain itu ada nama-nama lain yang digunakan seperti tapak dara, vince, rumput jalang, ros pantai, kembang sari cina dan beberapa nama lagi. Ia hidup subur di kawasan tropika dan bunganya lebih tahan lama jika dibanding dengan bunga petunia. Pokoknya pula boleh mencapai ketinggian sehingga 2 kaki.















Pokok Kemunting Cina ini boleh dibiakkan secara keratan batang dan juga secara semaian biji benih. Batangnya yang berkayu sederhana keras, cepat bertunas jika ditanam secara keratan batang. Ramai orang menanam pokok ini dindalam pasu dan dijadikan sebagai tumbuhan hiasan.















Ia mengandungi bahan perubatan yang dipanggil ‘alkaloid vinblastine’ dan ‘alkaloid vincristine’ yang merupakan bahan yang amat baik untuk merawat penyakit leukemia. Namun pokok ini termasuk dalam kumpulan tumbuhan beracun, tetapi amalan menggunakannya megikut dos yang rendah menjamin kemujarabannya. Minta nasihat doktor terlebih dahulu tentang dosnya.















Selain leukemia, penyakit lain seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi juga boleh dikurangkan dengan mengamalkan meminum air rebusan tumbuhan ini. Gunakan kira-kira 20 gm keseluruhan pokok kemunting cina yang telah dikeringkan, rebus dengan 1 liter air. Apabila telah sejuk airnya diminum 2 kali sehari















Biasanya spesis pokok berbunga ungu dan putih lebih berkhasiat jika disbanding dengan sepsis yang lain. Namun meminta nasihat doktor adalah langkah yang terbaik.

No comments: