Wednesday, August 4, 2010

NASI DAUN PISANG

Hari ini kita membicarakan tentang selera. Lari sedikit dari entri sebelumnya tetapi masih berkisar tentang kesihatan kerana ternyata nasi daun pisang ini mempunyai impak yang baik dari segi kesihatan.

Pangalaman memakan nasi daun pisang ini bermula semenjak tahuj 80an ketika sering berkunjung ke Wisma FAM di Kelana Jaya. Di situ ada sebuah kedai makan yang menyajikan nasi daun pisang ini. Ramainya orang kadang-kadang tidak cukup tempat. Begitulah populernya ia dalam kalangan masyarakat negara ini tidak kira bangsa padahal ia biasanya diamalkan oleh kaum India.

Pinggan tidak digunakan sebaliknya 'daun pisang' sebagai alas makanan iaitu nasi dan lauk-pauknya. Penyediaan lauknya berasaskan herba dan 'vegetable' dan sesuai sekali bagi golongan 'vegetarian'. Namun kita boleh menambah lauk yang lain ikut selera masing-masing. Harganya pun kenalah ditambah juga.





Di atas ini hidangan yang telah ditambah dengan masakan lauk yang lain, namun tetap juga berteraskan herba. Manakala yang di bawah ini adalah penyediaan lauk yang asas terdirti dari sayuran dan kekacang.



Kuah kari ditambah kemudian dan mengikut kehendak pelanggan banyak mana yang dikehendaki.



Sudah sedia untuk dimakan. Nah, silakan!



Kadang-kadang terfikir juga kenapa kita tidak mahu mengamalkan budaya memakan nasi dalam daun pisang ini. selain menjimatkan belanja dengan tidak payah berpinggan, kita tidak perlu lagi membasuh pinggan-mangkuk.

Dan para penanam pisang boleh mendpat pendapatan tambahan dengan menjualm daun pisang kepada peniaga makanan itu daripada membuang begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa.

2 comments:

  1. Mmmm...ni favourite saye selalu mkn di Leboh Ampang.Tapi dah lama tak pekena nasi daun pisang, bila tengok post ni kecur air liur...nak pi carik jugak laa!

    ReplyDelete
  2. p3chandan,

    Rupanya ada orang minat juga dengan nasi daun pisang ini. Sedap memanglah sedap.

    ReplyDelete