Tuesday, July 13, 2010

JARUM TUJUH BILAH




Pokok Jarum Tujuh yang dikenali sebagai 'Pereskia Sacharosa' adalah pokok yang berasal dari Korea tetapi didapati tumbuh dengan mudah di Indonesia, Malaysia dan juga Thailand. Tumbuhan ini menjadi tumbuhan hiasan yang populer kerana keindahan bunganya dan juga struktur pokok yang cantik.



Pokok ini adalah dari famili kaktus iaitu pokok yang mudah tumbuh melalui keratan batang. Ia juga boleh dibiakkan melalui semaian biji benih tetapi agak lambat. Setakat ini terdapat 2 jenis pokok jarum tujuh atau jarum tujuh bilah iaitu yang berbunga ungu dan jingga.




Ia dinamakan demikian kerana terdapat gugusan duri di batangnya yang terdiri dari 7 bilah setiap gugusan. Durinya runcing dan lembut. Daun dan pucuknya boleh dimakan sebagai ulam. Ia rangup dan lazat. Begitu juga dengan buahnya.



Daun dan bunga pokok jarum tujuh bilah ini dikatakan berupaya merawat kanser, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Namun ia lebih tertumpu kepada kanser usus dan hidung. Berbagai cara memakananya untuk rawatan penyakit seperti dimakan sebagai ulam, meminum jusnya dan juga dengan cara meminum air rendaman atau rebusan daun dan bunganya.



Walau bagaimanapun, adalah diingatkan agar tidak memakannya dengan banyak sekaligus, ia boleh mendatangkan bahaya kepada sesetengah orang yang tidak tahan dengan demam dan selesema. Memadailah dua atau tiga helai daun untuk sekali makan.



Setakat ini tidak dapat dipastikan khasiat jarum tujuh ini termasuk buahnya yang rangup dan kelihatan unik itu. Buah ini sedap lembut.



Walau bagaimanapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.

No comments: