Wednesday, May 5, 2010

POKOK KUCING GALAK


(Pokok Kucing Galak yang tumbuh liar)
Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya 'Acalypha Indica' ini berasal dari India dan senang tumbuh meliar di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.
Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya tertama selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatan.


(Pucuknya lembut dan boleh di makan)
Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah 'tenaga'.


(Buahnya yang hijau dan lembut mengandungi biji yang lembut juga)
Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang terbaik.
Pokok kucing galak boleh dibiakkan melalui biji benih. Buahnya akan mencambahkan biji apabila telah matang iaitu apabila matang, buah itu akan meletus dengan sendiri.

5 comments:

  1. :)
    kucingnya jantan ka,
    atau kucing betinanya...

    ReplyDelete
  2. Salam bang, boleh x kalo sy nak dptkan/beli benih kucing galak ni dari abg? Sy dkt jb

    ReplyDelete
  3. sy pun berminat nak benih pokok kucing galak ni jugak.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. sy berminat dgn pokok nie.. mana sy nk dptkan benih nyer?

    ReplyDelete