Monday, May 10, 2010

KADUK



Kaduk adalah tumbuhan berbatang lembut yang tumbuh di atas tanah. Dalam peribahasa Melayu ada disebutkan 'seperti kaduk naik junjung' yang memberi satu situasi kalau kaduk naik junjung tentu sesuatu yang pelik berlaku kerana kaduk tak boleh memanjat untuk naik ke atas junjung. Nama saintifik untuk kaduk ialah 'piper sarmentosum roxb'.



Daun kaduk dipercayai boleh menghilangkan bau yang datang dari dalam badan. Ia dimakan sebagai ulam dan juga sebagai bahan sayuran yang enak. Kadang-kadang ia digunakan sebagai campuran semasa menggoreng nasi. Bau yang dating dari daun kaduk yang digoreng amat enak menusuk hidung. Pucuknya selalu derebus untuk dijadikan ulam.



Kaduk mudah tumbuh liar di merata tempat terutama di kawasan yang lembab dan berair. Pembiakannya boleh dilakukan melalui keratan batang dan amat mudah tumbuhnya. Daunnya seperti daun sirih dan berkilat sedikit. Bentuknya bulat bujur dan berwarna hijau tua.




Air rebusan akar kaduk boleh diminum bagi melawaskan kencing manakala air rebusan daunnya pula digunakan untuk merawat malaria, batuk-batuk, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat panau dan menghilangkan bau alat kelamin jika ditumbuk halus-halus. Apa-apa pun, berjumpa dan mendapat nasihat doktor adalah langkah terbaik.

1 comment:

namoyaki said...

kaduk,

banyak sekali kegunaan kaduk anugerah dari Yang Maha Mencipta:

1.kaduk,
di kunyah, di cerna, bisa mampu menjalankan perjalanan darah dengan baik;
kunyaklah kaduk, pastinya berpeluh,

2.kaduk,
masakan si nyonya meletakkan kaduk di dalam masakan 'perut ikan', makan masakan perut ikan, pasti jua berpeluh,

3. setiap pagi,
ambil sehelai pucuk kaduk, dikunyah sambil membawa kereta untuk ke tempat kerja, berpeluh juga,

4. kaduk,
begitulah ceritanya...


salam hormat tuan,