Wednesday, March 25, 2009

ITULAH POLITIK


Terdapat sekeping gambar menarik dalam akhbar hari ini. Gambar Menteri Besar Perak, Dr Zambry Abd. Kadeer bersalaman dengan bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar jamaluddin di mahkamah dengan diperhatikan Nge khoo Ham dari DAP amat menyentuh perasaan saya. Kelihatan Ngeh senyum sahaja melihat dua gelagat dua orang tokoh politik Melayu ini.

Nampak tangan berjabat tetapi di dalam hati masing-masing siapa tahu. Siapa dapat mengetahui apa yang bermain di hati masing-masing pada waktu itu. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa busuknya di dalam hati.

Yang lebih memalukan, Melayu sama Melayu bertelagah kerana ego masing-masing, si Cina pula tersenyum memandang seolah-olah menyindir mereka. Melayu sama Melayu bercakaran merebut kuasa, akhirnya si Cina yang mengambil kesempatan.

Itulah politik.

Kuasa punya hal, ego punya angkara, Mufti disamakan dengan anjing, Sultan diibaratkan sebagai anjing!


3 comments:

  1. baru belajar politik ke?
    tolong buka minda, baca berita dan nilaikan dengan sempurna.

    jangan main taram. palayar boleh tahu tahap pemikiran kita.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Saudara,

    Memang memalukan Melayu sama Melayu bertelaggah, Cina senyum sinis.

    Apa nak buat? Bukan senang nak ikut ajaran Islam supaya kita bersatu hati .., tolong menolong walaupun besar mana pun serban kita.

    Cakap senang, berbuih mulut bagi ceramah pada orang tapi sendiri nak buat lain hal.

    ReplyDelete
  3. Hai, Kawan kita yang di atas tu yang nak marah-marah kenapa? Kalau dah tahu minda kita, itu sudah amat bagus. Cetuskan lagi apa-apa idea untuk dibaiki.

    Jangan nak marah tak tentu pasal.

    Anda sendiri pun tidak ikhlas, nama sendiri pun tidak berani nak ditunjukkan, apalagi fotonya.

    Kalau dah penakut dan tidak mahu dikenali, tak usah nak beremosi.

    ReplyDelete