Friday, March 20, 2009

KERJA SIAPAKAH INI?


Sesudah melihat gambar di sebelah, fikirlah sendiri betapa teruknya orang-orang Melayu hari ini. Dan terimalah hakikat bahawa orang-orang Melayu sebenarnya telah menjadi kuda yang boleh ditunggang untuk apa tujuan sekalipun asalkan diberi sedikit wang.

Sebelum ini kita telah menyaksikan demonstrasi demi demonstrasi. Lepas satu perhimpunan, satu perhimpunan lagi diadakan oleh rakyat Malaysia, kebanyakannya orang-orang Melayu. Hari ini kita menyaksikan pula sifat kurang ajar anak Melayu. Menghina Rajanya sendiri. Menghina Muftinya sendiri.

Yang baring atas jalan menghalang kenderaan Sultan adalah orang Melayu. Yang berarak ke Istana Negara membantah PPSMI adalah orang Melayu. Yang menghina Raja dan Sultan adalah orang Melayu.

Yang bercakaran sesama sendiri juga adalah orang Melayu. Yang menghancurkan bangsa sendiri adalah orang Melayu. Bangsa lain tersenyum dan bertepuk tangan melihat Melayu bercakaran. Suka melihat Melayu menentang Sultannya sendiri.

Hari ini kita menyaksikan pula sifat kurang ajar seorang anak Melayu. Menghina Rajanya sendiri. Menghina Muftinya sendiri. Sultan dan Mufti disifatkan sebagai ‘anjing’. (Nak menyebutnya pun terasa jijik).

Sewaktu singgah solat Jumaat di sebuah masjid di Jalan Bruas dalam perjalanan dari Changkat Jering ke Lumut tengah hari tadi saya mendapat risalah ini yang dilambakkan oleh orang Melayu sendiri yang berhenti semata-mata membuang risalah ini untuk ditatap oleh para jemaah apabila keluar dari masjid selepas bersolat.

Tanpa menghiraukan waktu sembahyang, sbuah kereta berhenti membuang risalah ini di hadapan masjid tersebut. Rupa-rupanya semua masjid di kawasan Parlimen Bukit Gantang menerima risalah tersebut. Orang Melayu yang menjadi pemandu kereta tersebut sudahlah tidak bersolat, melakukan kerja khianat ini pula. Tentulah beliau menerima upah dari mana-mana pihak.

1 comment:

  1. aku sedih ngn ap terjadi skg..spa hak sultan dipertkaikan.dimanakah letak hak melayu....dulu isu utm.psmi...mne org melayu...mcni k org melayu..melayu ibarat mcm kuda dah skg...kerana politik melayu berpecah belah..krn politik perpaduan melayu hancur......

    ReplyDelete