Tuesday, January 13, 2009

PELIK TETAPI BENAR

Sejak pulang ke tanahair minggu lalu, saya banyak membaca artikel dalam beberapa blog yang saya pernah baca sebelum berangkat ke Tanah Suci November lalu. Saya melihat kembali Laman Blog Kedahlanie yang tentunya secara tak langsung menjadi lidah rasmi PAS dan Kerajaan Negeri Kedah, negeri kelahiran saya. Saya meneliti Laman Blog Makcik Melayuangkat yang memang saya minati dan hormati. Begitu juga Laman Paneh, Mountdweller, KhirToyo, Kirana dan lain-lain yang menjadi ikutan saya.

Rupa-rupanya terlalu banyak saya tertinggal. Maklumlah lebih sebulan saya tidak ada dan tidak ikuti langung perkembangan dalam negara. Ketika di sana ada juga kesempatan menonton Aljazera dan CNN yan banyak menunjukkan kekejaman Israel. Setakat lihat gambarnya sahaja sebab semuanya dalam Bahasa Arab.

Isu dalam negara langsung tidak dapat diikuti tetapi ada satu mesej yang saya terima menyebutkan “DS Anwar berjanji akan menjadi PM pada bulan Mac 2009. Menyesal memilih PKR dalam PRU12 lalu”. Saya tidak tahu siapa penulisnya kerana nombor telefon yang dipaparkan tidak pernah ada dalam simpanan saya. Tapi biarlah. Itu soal dia.

Macam Makcik Melayuangkat katakan, pelik juga melihat ulama-ulama PAS berpelukan dengan Lim Kit Siang. Dalam Kedahlanie terdapat sekeping gambar Lim Guan Eng bersama Haji Hadi ketika melancarkan program komputer sempena PRK Kuala Terengganu untuk menunjukkan kerjasama erat mereka dalam Pakatan Rakyat walaupun berlainan ideologi.

Kalau tak silap saya beberapa tahun dahulu manusia yang sama juga yang mengeluarkan fatwa tidak boleh itu-ini dengan orang-orang Melayu dalam UMNO kerana orang-orang ini kafir. Orang-orang kampung pun terikut-ikut ulama ini sehingga berlaku sembahyang 2 imam dan orang ini sedikitpun tidak rasa bersalah.Tapi tidak menjadi hal pula kepada beliau bila berpelukan dengan Kit Siang yang sudah jelas kafirnya.

Dengarnya pelik, tetapi benar berlaku.

Betullah kata Makcik, sesama bangsa yang seagama tidak boleh dekat, asyik hendak bertokak. Dengan bangsa lain yang sudah pasti bukan seagama tidak mengapa pula. Jelaslah betapa tingginya perasaan riak dan sombong sesetengah manusia YANG MENGAKU ISLAM. Sesama sendiri langsung tidak boleh bekerjasama tetapi dengan orang lain tidak menjadi masalah.

1 comment:

mountdweller said...

Salam Tuan, semuga sdr. sihat sekembalinya ke tanah air.

Begitulah saudara kerana idologi dan angan politik, sesama Islam bermusuh. Arab telah terima padahnya. Kita, tidak mustahil sekiranya kita berterusan begini. satu hari Allah akan ajar kita dengan bala. Mohon dijauhi.