Wednesday, November 19, 2008

ESOK SAYA AKAN KE TANAH SUCI

Dengan rasa rendah hati, saya memohon ampun dan maaf kepada siapa sahaja yang sempat menatap tulisan ini jika ada apa-apa kata saya yang terasa di hati selama saya berada di Laman ini. Esok saya akan memulakan perjalanan ke Tanah Suci menunaikan fardu Haji dan Umrah.

Saya akan kembali ke tanahair selepas 45 hari berada di sana.

Rasanya selepas ini saya akan teruskan juga menulis untuk kepuasan diri semata-mata. Hanya untuk kepuasan diri! Orang lain tentu tidak berminat membaca kerana mungkin saya terlalu serius dalam sesuatu isu.

Walau apa pun, saya akan ke Mekah esok.

3 comments:

mountdweller said...

Saya iringi dengan doa semuga tuan dikuniakan Haji Mabrur dan selamat pergi dan kembali. Mudah mudahan tuan akan sihat sentiasa.

paneh said...

Semoga dipermudahkan urusan sepanjang menjadi tetamu Allah s.w.t. di sana.

Mohd Adzlee Lee said...

Cikgu Madisyak...selamat pergi dan kembali..semoga beroleh Haji Mabrur..