Monday, October 20, 2008

KENAPA SEMUA INI TERJADI KEPADA BANGSAKU?

Tahukah?
Setiap hari sama sahaja
Bangsaku disaji dengan gula-gula yang itu juga
Anwar dengan misi gila
Abdullah dengan tradisi membabi buta
Mahathir dengan serangan tidak sepatutnya
Haji Hadi dengan senjata bernama agama
sehingga bangsaku hampir celaka
negaraku hampir porak-peranda
dalam mencari kebenaran.

Anwar dengan misi gilanya
gila nama
gila Seri Perdana
gila kuasa
ambilalih Putrajaya.

Abdullah dengan tradisi membabi buta
mahu peralihan kuasa tetapi mengambil masa
biar negara huru-hara
biar politik jadi caca-merba
akhirnya negara dijajah semula.

Mahathir ,
Kenapa dahulu tidak lakukan?
Kenapa sekarang semua serba tidak betul?
Mahathirkah yang semua betul?
Serangan dari segenap penjuru
soal pemilihan kenapa masih mahu ambil tahu?
Kenapa berhenti dahulu?

Haji Hadi membawa misi agama
dahulu tidak suka selain Islam
manusia Islam pun dikata kafir
sekarang boleh berpeluk dengan siapa sahaja
asalkan dapat mengecap benda yang sama
semuanya berteraskan kuasa.

Bukankah lebih baik duduk semeja
berbincang tentang nasib bangsa
berbincang tentang halatuju negara
buang yang keruh
ambil hanya yang jernih.

Kenapa semua ini
terjadi kepada bangsaku
bernama Melayu?

2 comments:

Anonymous said...

sebab melayu mudah lupa... budaya melayu pon xmau nak tegakkan.. budaya org putih gak yg di agungkan..
sebenaqnya.. melayu + islam tu memang sinonim dgn kegemilangan tamadun melayu satu ketika dulu...
ketinggian budaya menjana kemajuan sesuatu bangsa.. pokok/kayu yg tumbang bukan diseabkan mata kapak yg tebangnya tp hulu kayu yg membawa mata kapak itu sendiri yg membinasakan pokok/kayu itu.. walahuallam

mountdweller said...

Saudara,

Yang paling hina adalah manusia yang menggunakan agama sebagai senjata untuk mencapai matlamat.

Ke dua hina adalah manusia yang menggunakan Melayu sebagai propaganda meraih habuan.

Ke tiga hina ialah orang yang menggula-gulakan rakyat dengan kata-kata untuk meraih kuasa

Ke empat hina adalah manusia yang memandang bodoh kepada orang lain kecuali dirinya.

Ke lima hina adalah manusia yang menyusahkan orang lain dengan kegopohannya.

Ke enam hina ialah manusia yang menyeksakan orang lain dengan kebodohan dan kelembapannya.

Kesemua jenis manusia ini tidak jadi pemimpin yang kerkesan dan berhemah.